KAMI BUKAN SEKADAR AGENSI TUTOR, KAMI MELINDUNGI ANDA JUGA!

KENAPA TUTORKAMI IALAH AGENSI TUTOR YANG TERBAIK DI MALAYSIA

1. Pendaftaran dengan kami adalah percuma!

Dan tiada yuran bulanan, yuran tahunan, ataupun yuran keahlian.

2. Tidak perlu membayar komisyen pendahuluan untuk memohon job

Komisyen hanya dibayar selepas anda lengkapkan 1 'cycle' kelas (1 cycle ialah jumlah jam kelas yang patut dibuat dalam 4 minggu. E.g. jika kelas 2 jam seminggu, satu cycle ialah 8 jam). Untuk kelas intensif (durasi kurang dari 2 bulan, satu cycle ialah minimum 6 jam)

3. Komisyen penuh (bayaran 1/2 cycle) kepada agensi hanyalah untuk job berdurasi lebih dari 18 jam

Untuk job kurang dari 18 jam, komisyen hanyalah setengah. Jika kurang dari 6 jam, tiada komisyen dikenakan! Komisyen ialah sekali sahaja untuk setiap job yang diperoleh

4. Kami uruskan kutipan bayaran dari klien untuk anda

Jadi anda tidak perlu lagi kejar klien untuk dapatkan bayaran atau buat perkara remeh seperti beri invois atau resit. Jadi, anda boleh fokus kepada memberi kualiti pengajaran yang terbaik, dan kami akan uruskan hal yang lain

5. Kami lindungi anda & kami tanggung risiko anda!

Tiada lagi kes ibubapa bayar lewat, atau lebih teruk lagi tidak bayar anda langsung! Bayaran akan dibuat selepas habis 1 cycle kelas (*untuk hari minggu atau cuti umum, bayaran akan dibuat pada hari bekerja seterusnya)

6. Jika kelas dibatalkan 'last minit', anda tetap akan terima bayaran!

Anda sampai di rumah pelajar, hanya untuk diberitahu yang kelas telah dibatalkan. Ini bermakna anda telah bazirkan tenaga & wang untuk pergi ke sana, dan yang lebih berharga ialah masa anda telah terbuang! Jika ini berlaku, kami pastikan anda tetap akan terima bayaran!

Kerana kami juga tutor & cikgu tuisyen seperti anda!

Beroperasi sejak 2013, TutorKami ditubuhkan oleh Ahmad Hambal, seorang tutor sepenuh masa sejak 2011. Dia telah melalui jatuh bangun dalam bidang home tuisyen ini, dan faham sepenuhnya masalah dan cabaran yang selalu dihadapi oleh tutor. TutorKami mempunyai matlamat untuk membantu anda, melindungi anda, dan menanggung risiko anda, supaya anda boleh memberi fokus kepada memberikan apa yang anda buat terbaik, iaitu mengajar! Kelebihan-kelebihan lain berdaftar dengan kami adalah:

  • Tim kami terdiri daripada para koordinator & pengurus finance yang boleh dihubungi* melalui telefon atau what's app. Jadi anda boleh memberitahu kami apa-apa masalah berkaitan job tuisyen yang anda dapat melalui kami, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu anda (*semasa waktu bekerja Isnin-Jumaat, 9am-6pm sahaja)
  • Diskaun istimewa untuk tutor berdaftar ke seminar dan latihan dari kami di masa hadapan
  • Tutor yang terbaik akan dijemput menyertai kami untuk apa-apa program dan projek berkaitan pendidikan yang kami buat, dan ini akan memberikan pendapatan tambahan kepada anda!

LIHAT JOB TUISYEN TERKINI

TESTIMONI

Cikgu Nurul, Setiawangsa

Cikgu Noi, Cheras

Cikgu Noi, Cheras

Cikgu Ana, Shah Alam

Cikgu Zaidi, Batu Caves

Cikgu Maria, Desa Pandan

DAFTAR DENGAN TUTORKAMI HARI INI!

ADD KAMI DI FACEBOOK UNTUK MENDAPATKAN NOTIFIKASI JOB TERKINI

Temubual Pengasas TutorKami, Cikgu Hambal dalam Rancangan Feminin, RTM TV1