SPM 2016: Statistik & Infografik

Posted on Posted in Peperiksaan

Mengkaji Pencapaian SPM 2016: Infografik

Mengkaji Pencapaian SPM 2016 Infografik ini menunjukkan 78.4% lulus SPM, 21.6% gagal dan 1.99% straight A's

Dalam artikel Mengkaji Pencapaian SPM 2016: Infografik ini kami kongsikan beberapa infografik tentang prestasi SPM 2016 yang baru saja diumumkan pada hari Khamis (16 Mac 2016) baru-baru ini. Daripada 434,535 calon SPM 2016, sejumlah 340,698 calon telah lulus sekurang-kurangnya untuk menerima sijil SPM. Dari jumlah itu, 8674 meraih keputusan cemerlang meraih semua A.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata jumlah calon semua subjek A+ adalah 102 calon berbanding 163 calon pada tahun 2015 manakala calon yang mendapat semua subjek A+, A, A- bagi tahun 2016 adalah 8,647 calon berbanding 9,721 calon pada tahun sebelumnya.

Mengkaji Pencapaian SPM 2016 Infografik ini menunjukkan penurunan semua A 2016 berbanding 2015 daripada 163 kepada 102 sahaja.

Walaupun calon meraih semua A menurun, indeks GPN tahun 2016 pada 5.10 adalah jauh lebih baik berbanding 5.15 pada tahun 2015.

Beliau menambah pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) bagi calon luar bandar menunjukkan peningkatan 0.08 iaitu 5.36 pada tahun 2016 berbanding 5.44 pada tahun 2015. Pencapaian calon di bandar pula meningkat sebanyak 0.05 iaitu 4.89 pada tahun 2016 berbanding 4.94 pada tahun 2015.

Mengkaji Pencapaian SPM 2016 Infografik ini menunjukkan GPN yang meningkat pada 2016 berbanding 2015 termasuklah GPN calon bandar dan luar bandar.

“Hal ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar lebih tinggi berbanding calon di bandar,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2016 di sini hari ini.

Selain itu, Khair Mohamad turut berkata pencapaian dalam 41 matapelajaran, termasuk Bahasa Melayu, English dan Pelajaran Islam menunjukkan peningkatan sementara 28 lagi menunjukkan penurunan dan empat lagi pada paras yang sama.

“GPN semua mata pelajaran meningkat secara signifikan bermakna prestasi keseluruhan murid telah meningkat walaupun yang mendapat gred tertinggi (semua A) berkurangan,” katanya lagi.

 

Jika anda ingin mendapatkan tuisyen di rumah untuk persiapan menghadapi musim persekolahan tahun hadapan, anda boleh menghubungi kami di sini: HUBUNGI KAMI. Kami sedia membantu.

‘Follow’ TutorKami di Facebook.

‘Follow’ TutorKami di Instagram.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/spm-2016-pelajar-luar-bandar-tunjuk-peningkatan-1.457795#ixzz4bTA699Xy.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *