Webinar Percuma TutorKami: Bagaimana Mengendali & Memotivasi Pelajar Generasi Z

Posted on Posted in Seminar, TUTOR, Webinar

Webinar Percuma TutorKami

Caption Webinar Percuma: Bagaimana Mengendali & Memotivasi Pelajar Generazi Z dengan seorang guru wanita memegang kapur berlatarbelakangkan papan hitam.

Buat pertama kalinya, TutorKami akan mengadakan sebuah webinar percuma secara online dan live khas buat semua cikgu tuisyen dan untuk mereka yang ingin menjadi tutor. Topik yang dipilih untuk dibincangkan dalam webinar ini ialah: ‘Bagaimana Mengendali & Memotivasi Pelajar Generasi Z’.

Info lain tentang Webinar Percuma TutorKami ini adalah:

Tarikh: 5 Ogos 2017

Hari: Sabtu

Masa: 9.00pm – 10.00pm

Speaker: Cikgu Noorhaida Sukardi

Noorhaida

Cikgu Noorhaida Sukardi merupakan bekas Guru Sekolah, Guru Pakar dan bekas pemeriksa Kertas Kimia SPM. Beliau mempunyai pengalaman mengajar di sekolah selama 28 tahun. Sekolah terakhir beliau ialah SMK Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) Seksyen 2, Shah Alam mengajar pelajar menengah rendah dan atas. Beliau bersara pada Jun 2017. Profil penuh beliau boleh dilihat di link ini: Cikgu Noorhaida Sukardi.

Platform: Youtube Live.

Memandangkan Youtube digunapakai secara meluas di kalangan kita, kami akan menggunakannya untuk platform webinar ini. Link ke alamat url channel Youtube akan dihantar ke emel anda.

Untuk tutor yang berdaftar dengan TutorKami, anda tidak perlu isi borang di bawah. Link akan dihantar ke emel yang anda gunakan semasa berdaftar sebagai tutor 45 minit sebelum webinar bermula. Pastikan anda check email anda pada Sabtu 5 Ogos bermula 8.15 malam.

Jika anda seorang tutor dan belum/ingin berdaftar dengan TutorKami, sila klik link ini: Pendaftaran Tutor Baru.

Jika anda bukan seorang tutor atau tidak mahu berdaftar dengan TutorKami, pun tidak mengapa. Anda boleh isi borang di bawah untuk kami hantar link kepada anda nanti.

Adalah dimaklumkan, Pendaftaran Webinar Percuma TutorKami ini telah ditutup pada 12:01 pagi, hari Khamis 3/8/2017.

Kepada mereka yang telah berdaftar, link untuk webinar akan dihantar ke emel anda 45 minit sebelum webinar bermula. Pastikan anda check email anda pada Sabtu 5 Ogos bermula 8.15 malam.

Kami berharap Webinar TutorKami ini dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran anda sebagai pengajar. Untuk sebarang pertanyaan, sila emelkan ke marketing{at}tutorkami.com atau hubungi 010-3142351.

 

p/s: Anda ingin tahu siapakah Generasi Z? Apakah karekter utama mereka dan bagaimana mereka boleh memberikan impak yang besar kepada sistem pendidikan di Malaysia? Dalam artikel ini ada jawapannya: www.tutorkami.my/pelajar-generasi-z.

 

‘Follow’ TutorKami di Facebook.

‘Follow’ TutorKami di Instagram.

 

4 thoughts on “Webinar Percuma TutorKami: Bagaimana Mengendali & Memotivasi Pelajar Generasi Z

  1. Selamat pagi.i cari guru tuisyen untuk anak saya.anak saya darjah 5 sekolah sjkt.i nak guru untuk mengajar subject BM.BI.SAINS N MATEMATIK.SAINS N MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *