Bagaimana TutorKami Membantu Anda Dalam Mendapatkan Tutor Terbaik Untuk Anak Anda

Bagaimana TutorKami membantu anda mendapatkan tutor terbaik untuk anak anda.

Seorang tutor terbaik wanita mengajar seorang pelajar wanita

Setiap ibubapa semestinya mempunyai definisi tersendiri tentang tutor yang dianggap terbaik buat anak mereka. Ada yang mengutamakan kelayakan akademik seorang tutor, ada yang pentingkan pengalaman mengajar tutor, ada yang mendefinisikan guru sekolah sebagai tutor yang terbaik, dan lain-lain lagi. Jika anda merupakan ibubapa yang sedang mencari tutor, anda semestinya mahukan tutor terbaik untuk anak anda (jika bajet anda mengizinkan).

Secara amnya, tutor yang terbaik ialah tutor yang dapat menyesuaikan diri atau serasi dengan anak anda. Tutor terbaik juga mampu membantu anak anda mengalami peningkatan dalam pelajaran.

Namun, mendapatkan tutor yang terbaik bukanlah mudah. Anda mungkin telah mendapat tutor yang anda rasakan bagus, namun belum tentu anak anda akan serasi dengan tutor itu. Kaedah dan cara pengajaran tutor tersebut juga mungkin tidak dapat membantu anak anda meningkatkan prestasi pelajarannya.

Terdapat juga kes yang boleh menjadi igauan buruk setiap ibubapa, seperti tutor menghilangkan diri setelah menerima wang pendahuluan. Ada juga yang menimbulkan masalah disiplin seperti sering menunda kelas, selalu datang lewat atau bersikap biadab. Ini antara realiti yang dihadapi ibubapa ketika mencari tutor, yang membuatkan mereka berasa bimbang dan buntu.

Perbualan Whatsapp mengenai kesukaran klien mencari tutor terbaik buat anak mereka
Salah seorang klien TutorKami yang meluahkan kesukaran mencari tutor yang sesuai untuk anaknya.

Memahami perkara ini, TutorKami mempunyai pelbagai prosedur dalam langkah dan usaha kami membantu anda mendapatkan tutor yang menepati kehendak anda dan pelajar. Pada masa yang sama, prosedur ini akan meminimakan risiko anda jika berlakunya perkara yang tidak diingini daripada pihak tutor.

Prosedur ini diimplementasi berdasarkan pengalaman kami yang telah berada di dalam industri agensi dan platform mendapatkan tutor sejak tahun 2013 lagi. Setiap prosedur ini juga sentiasa ditambahbaik dari masa ke semasa. Berikut adalah bagaimana TutorKami membantu anda dalam mendapatkan tutor terbaik buat anak anda :

 

1) Kami mencatat semua keperluan dan kriteria yang anda mahu untuk tutor yang dicari. Profil tutor-tutor terpilih yang available / ada akan dihantar.  Anda kemudiannya boleh memilih sendiri tutor yang anda rasakan paling sesuai.

Keperluan yang dimaksudkan ialah jadual dan lokasi untuk kelas yang anda mahu. Kriteria pula jika anda mempunyai keutamaan dari segi jantina, bangsa atau umur tutor. Anda juga mungkin mempunyai keperluan khusus seperti mahukan tutor yang boleh mengajar subjek dalam bahasa Inggeris, atau anda mahukan cikgu sekolah sahaja. Dari segi perwatakan, mungkin anda mahu cikgu yang tegas, atau tutor yang penyabar, atau yang boleh mengendalikan kanak-kanak.

Setelah menerima maklumat ini, tim kami akan menyenarai pendek semua tutor yang menepati kriteria anda, dan yang available untuk jadual dan lokasi pilihan anda. Tim kami juga akan memeriksa latar belakang dan prestasi lepas mereka dalam kelas-kelas dengan klien TutorKami sebelum ini (jika ada).

Profil-profil tutor yang terpilih kemudiannya diberikan kepada anda untuk anda lihat sendiri latar belakang, kelayakan dan pengalaman mengajar mereka. Dari situ, anda boleh pilih tutor yang anda rasakan adalah paling sesuai buat anak anda.

Seorang wanita melayan pertanyaan klien mengenai tutor terbaik melalui telefon
Tim koordinator kami bersedia membantu anda mendapatkan tutor

Tim TutorKami bertugas setiap hari, termasuk hari minggu dan cuti am untuk membantu anda mendapatkan tutor. Kami juga mempunyai lebih 4000 tutor yang berdaftar di seluruh negara. Ini membolehkan kami dapat membalas pertanyaan anda dengan pantas dan menyediakan profil tutor-tutor terpilih yang available kepada anda dengan segera.

 

2) Anda boleh menemuduga tutor yang disenarai pendek melalui telefon.

Jika anda merasakan bahawa anda tidak dapat membuat keputusan untuk memilih tutor mana yang sesuai, anda juga mempunyai pilihan untuk menemuduga tutor-tutor itu sendiri.

Anda boleh bertanyakan pelan dan kaedah mengajar mereka, serta rekod pencapaian pelajar di bawah kendalian mereka yang lepas (jika ada). Berdasarkan daripada jawapan mereka, anda boleh menilai sendiri kebolehan dan kesesuaian setiap tutor tersebut, serta jika mereka dapat memenuhi keperluan anak dan harapan anda.

Atas faktor keselamatan, TutorKami hanya membenarkan ibubapa untuk menemubual tutor melalui panggilan telefon. Namun, jika tutor bersetuju untuk berjumpa untuk ditemubual secara berdepan, maka tiada masalah untuk ianya diteruskan.

 

3) Jaminan kami – Anda hanya mula membayar dari sesi pertama jika anda berpuas hati dengan prestasi tutor dalam sesi pertama.

Logo Our Guarantee untuk menjamin tutor terbaik dan ayat jaminan Anda Hanya mula membayar dari sesi pertama jika anda berpuas hati dengan khidmat tutor kami.
Jaminan TutorKami

Cara terbaik untuk mengetahui sama ada anak anda serasi dengan tutor dan sesuai dengan kaedah pengajaran mereka, adalah dengan melalui sesi tuisyen yang pertama.

Sebelum bermula sesi pertama, anda boleh berbincang dengan tutor secara ringkas tentang keadaan, kemampuan serta keperluan pelajar. Apabila sesi bermula, berilah ruang kepada tutor untuk mengajar dan berbincang dengan pelajar. Anda boleh meninggalkan mereka, ataupun memerhatikan sekali sekala dari jauh semasa sesi berjalan.

Setelah tamat sesi pertama itu, anda bolehlah mendapatkan maklumbalas dari anak, sama ada mereka selesa dengan tutor berkenaan dan dapat memahami apa yang diajar. Anda juga perlu meminta penilaian tutor terhadap anak anda, serta menanyakan apa cadangan dan pelan pembelajaran seterusnya bagi meningkatkan prestasi pelajaran pelajar.

Testimonial Whatsapp klien TutorKami mengenai tutor terbaik buat anaknya

Koordinator TutorKami akan menghubungi anda untuk meminta maklumbalas tentang sesi pertama ini dan prestasi tutor tersebut. Jika anda berpuashati dan bersetuju untuk meneruskan khidmat tutor berkenaan, barulah tim kami akan menghantar bil untuk tujuan pembayaran. Jika anda tidak berpuas hati dengan tutor itu, kami akan menggantikan dengan tutor lain (jika ada yang available), dan sesi pertama anda dengan tutor sebelum ini dikira percuma!

 

 

4) Dari sesi kedua dan seterusnya, anda boleh meminta penukaran tutor bila-bila masa anda merasakan tutor yang dipilih tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Tutor yang sebelum ini dirasakan terbaik boleh sahaja berubah sikap atau mundur dari segi prestasi mereka. Oleh itu, anda haruslah sentiasa memantau prestasi tutor dan tahap kemajuan anak anda.

Jika anda mendapati bahawa prestasi akademik anak anda tidak menunjukkan sebarang kemajuan walaupun selepas beberapa bulan menjalani sesi tuisyen dengan tutor yang anda pilih, anda mungkin mahu bertukar dengan tutor yang lain. Jika berlaku pula situasi tutor datang lewat atau sering menunda kelas, anda mungkin juga mahu lakukan perkara yang sama.

Jika anda ingin menukar tutor, anda hanya perlu memaklumkan kepada kami dan tim kami akan menguruskan semua proses berkaitan. Anda tidak perlu gusar atau pening kepala mencari tutor sekali lagi. Jika kami berjaya mendapatkan anda tutor gantian, anda boleh teruskan sesi kelas seperti dahulu tanpa dikenakan apa-apa caj tambahan.

 

5) Bonus – Kami juga melindungi risiko anda!

Ibu gembira dengan keputusan cemerlang anak di dalam peperiksaan berkat pengajaran di sekolah dan tutor terbaik
Gambar ihsan www.utusan.com.my

TutorKami melindungi anda daripada kes tutor meminta bayaran pendahuluan, dan kemudiannya tidak datang untuk mengajar, terus hilang tanpa dikesan. Semua tutor dari TutorKami dikehendaki melengkapkan semua sesi kelas seperti yang telah anda bayar. Jika mereka gagal, bayaran mereka akan ditahan dan anda mempunyai pilihan untuk meminta tutor gantian.

Jika tutor mula menunjukkan masalah disiplin, anda juga mempunyai pilihan untuk menamatkan khidmat tutor itu dan bayaran hanya diambil untuk sesi pengajaran yang telah dibuat. Sebarang lebihan bayaran akan dipulangkan kepada anda.

Kami memahami mencari tutor bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi mencari tutor yang menepati keperluan anda dan anak. Pada masa yang sama, anda juga ingin dilindungi dari segala kemungkinan buruk yang berkaitan dengan pengambilan tutor.

 Itulah sebabnya kami sentiasa berusaha untuk memastikan proses pengambilan tutor berjalan dengan lancar dan menepati semua keperluan khusus anda dan pelajar. Kami juga sentiasa mencari jalan untuk memastikan anda dilindungi daripada risiko berkaitan agar anda tidak akan berasa bimbang atau tertekan dalam mendapatkan khidmat tutor terbaik buat anak anda.

Di TutorKami, kepuasan anda sentiasa menjadi keutamaan kami.

Klik sini dan hubungi kami sekarang dan biar kami membantu anda mencari tutor terbaik buat anak anda.

 

 

Ikuti TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

 

Ikuti TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *