Dapatkan Testimoni, Dapatkan Ganjaran!

Sampul Raya Picture 3

Berita baik untuk para tutor! TutorKami ingin memberi ganjaran bernilai sehingga RM100 kepada anda! Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mendapatkan testimoni dari ibubapa/pelajar tentang khidmat tuisyen anda (dan secara tidak langsung khidmat TutorKami juga =D ).
Dibawah ialah langkah-langkahnya:
  1. Dapatkan kebenaran ibubapa pelajar dahulu. Muat turun dulu surat kebenaran di sini dan cetakkan ia.
  2. Dapatkan ibubapa untuk membaca dan menandatangani surat kebenaran tersebut.
  3. Dapatkan testimoni daripada ibu bapa atau pelajar. Ada 4 jenis testimoni yang anda boleh dipertimbangkan.
  4. Hantar testimoni dan surat kebenaran itu pada TutorKami, dan dapatkan ganjaran anda!

 

4 Jenis Testimoni & Ganjaran Untuk Setiap Satu Yang Menanti Anda
  1. ‘Screenshot’ Teks What’s App/Telegram
    • Ganjaran: 1 pek sampul duit raya TutorKami
    • Klik sini untuk melihat contoh Testimoni Jenis 1
  2. Surat (yang mempunyai tandatangan ibu bapa/pelajar di bawah)
    • Baju eksklusif Polo-T TutorKami
    • Klik sini untuk melihat contoh Testimoni Jenis 2
  3. Gambar tutor bersama pelajar dan/atau ibubapa, beserta Testimoni jenis 1 atau 2
    • RM50 tunai & baju eksklusif Polo-T TutorKami
    • Klik sini untuk melihat contoh Testimoni Jenis 3
  4. Video pelajar/ibubapa memberi testimoni tentang tutor, jika boleh dengan kehadiran tutor didalam video sekali
    • RM100 tunai & baju eksklusif Polo-T TutorKami
    • Klik sini untuk melihat contoh Testimoni Jenis 4
1
1
Terma & Syarat
  1. Kempen terbuka kepada tutor yang berdaftar dengan TutorKami sahaja.
  2. Testimoni mestilah dari klien yang diperoleh melalui job dari TutorKami sahaja.
  3. Klien perlu menyebut atau ‘mention’ nama TutorKami, atau yang TutorKami telah membantu mereka mendapatkan tutor, di dalam testimoni mereka.
  4. Tutor bersetuju semua testimoni akan menjadi hak milik TutorKami. Pihak lain tidak mempunyai hak untuk menggunakan atau menyiarkannya di sebarang bentuk saluran atau media, tanpa keizinan dari TutorKami.
  5. Untuk testimoni Jenis 1, mestilah ada testimoni dari ibu atau bapa. Testimoni yang dari pelajar semata-mata tidak akan diterima.
  6. Untuk testimoni Jenis 2, jika surat ditulis oleh pelajar, pelajar berkenaan mestilah berumur 16 tahun dan ke atas. Untuk pelajar berumur 15 tahun dan kebawah, testimoni mestilah ditulis oleh ibu atau bapa.
  7. Untuk testimoni Jenis 3 & 4, jika gambar/video mempunyai pelajar tanpa ibu atau bapa disamping dia, pelajar mestilah berumur 13 tahun ke atas. Bagi pelajar yang berumur 12 dan kebawah, pelajar mesti dirakam berada disamping ibu atau bapa mereka.
  8. Testimoni hendaklah dihantar bersama-sama dengan surat kebenaran yang telah ditandatangani.
  9. Tiada had untuk bilangan testimoni. Walau bagaimanapun, setiap testimoni mestilah daripada klien yang berlainan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila letakkan di bahagian komen dibawah ini, atau emelkan kepada marketing{at}tutorkami.com, dan kami akan cuba balas secepat mungkin.

Terima kasih dan selamat berjaya dalam mendapatkan ganjaran-ganjaran ini!

Sampul Raya Picture 4

 

TEMPLATE TUTOR KAMI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *