Di bawah adalah 4 kelebihan utama mengambil guru tuisyen di rumah:
• Pelajar Mendapat Sepenuh Perhatian dari Cikgu!
Tuisyen dirumah adalah secara individu (1-on-1) atau kumpulan kecil (2-3 pelajar) sahaja. Jadi guru dapat memberi sepenuh perhatian kepada anak Tuan/Puan. Tutor juga mengenalpasti kekuatan seseorang pelajar dan kelemahan mana yang perlu diperbaiki.  Dengan ini, cikgu dapat merangka pelan dan strategi bagaimana untuk menaikkan prestasi pelajar dengan lebih cepat. Pelajar tidak akan berasa ketinggalan atau tersisih lagi.
• Pembelajaran yang Fleksibel!
Pelajar tidak perlu mengikut jadual silibus yang tetap (seperti di sekolah atau pusat tuisyen). Guru akan menyesuaikan pembelajaran mengikut keperluan individu pelajar. Penekanan dan latihan yang lebih akan diberi kepada topik-topik yang pelajar lemah. Apabila bahagian yang pelajar lemah dapat diatasi, ia akan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar, dan seterusnya membantu menaikkan prestasi mereka dengan cepat.
• Tempat Pelajar!
Tuan/Puan tidak perlu bergegas pulang ke rumah untuk menghantar dan mengambil pelajar dari tuisyen lagi. Cikgu tuisyen sebaliknya akan datang ke rumah Tuan/Puan untuk mengajar. Pada masa yang sama, keselamatan dan keselesaan pelajar juga akan terjamin.
• Masa Pelajar!
Tuan/Puan kini boleh memilih sendiri masa yang sesuai untuk kelas tuisyen. Tidak kira sama ada waktu pagi, petang, malam, hari minggu atau hari biasa. Juga, jika kelas tidak dapat dibuat atas sebab pelajar sakit atau kecemasan, ianya boleh diganti ke hari lain. ( * tertakluk terma & syarat)
Ini menjamin anak Tuan/Puan tidak akan ketinggalan dalam pelajaran lagi!
Jadi mengapa pilih TutorKami untuk mendapatkan cikgu tuisyen di rumah yang terbaik untuk anda? Ini sebabnya mengapa Tuan/Puan patut memilih khidmat kami:
• Mudah & cepat!
Beritahu kami butiran dan keperluan anda (e.g. lokasi, jadual sesuai, jantina & bangsa tutor), dan kami akan periksa dengan tutor-tutor kami. Profil senarai tutor yang terpilih kemudiannya akan di emelkan untuk Tuan/Puan pilih siapa yang dirasakan sesuai. Kami boleh lakukan ini dengan pantas kerana kami mempunyai lebih daripada 1700 tutor berdaftar, dengan dibantu oleh sistem kami yang bagus.
• Kami mempunyai jaminan!
Tuan/Puan boleh melihat kelayakan dan pengalaman dari profil setiap tutor yang kami emel kan, dan pilih sahaja yang dirasakan paling sesuai. Jika selepas sesi pertama, Tuan/Puan berasa tidak berpuas hati dengan tutor itu, beritahu sahaja kepada kami dan kami akan tukarkan dengan tutor yang lain. Tuan/Puan tidak perlu membayar sesi pertama dengan tutor yang sebelum ini, dan ianya dikira percuma! Tuan/Puan hanya mula membayar dari sesi pertama jika Tuan/Puan berpuashati dengan tutor tersebut.
• Prosedur yang sistematik!
Setiap tutor diminta untuk menghantar rekod kelas yang dibuat untuk memastikan jumlah jam adalah seperti yang dibayar oleh Tuan/Puan. Tutor tidak dibayar selagi jumlah jam masih belum mencukupi. Tambahan lagi, jika cikgu tuisyen tidak memberi prestasi yang memuaskan, Tuan/Puan hanya perlu memberitahu kami, dan kami akan menguruskan hal ini, sama ada menghentikan tutor tersebut, atau menggantikannya dengan tutor lain.