Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh

Bagaimana Memohon Kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Untuk Anak Anda

Posted on Posted in Peperiksaan, TUTOR

Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh: Semua Yang Anda Perlu Tahu

Pengumuman rasmi keputusan PT3 2017 dijangka akan dibuat dalam minggu kedua / ketiga bulan Disember. Sementara itu, calon-calon yang berminat untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh membuat Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh tanpa perlu menunggu keputusan rasmi PT3.

Di sini kami kongsikan syarat-syarat, info lanjut dan cara memohon kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2018.

 

Syarat Umum Pemilihan Pelajar Tingkatan 4 SBP

1) Permohonan dibuka pada 13 November 2017 dan akan ditutup pada 24 Disember 2017.

2) Pelajar mestilah warganegara Malaysia.

3) Murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

4) Memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dalam PT3 2017. Minimum gred A dalam 6 subjek dan sekurang-kurangnya gred C dalam subjek-subjek lain. (Permohonan boleh dibuat walaupun keputusan PT3 2017 belum diumumkan).

5) Murid yang aktif dalam kokurikulum.

6) Murid yang lulus saringan/temuduga (hanya untuk sekolah KISAS –Kolej Islam Sultan Alam Shah).

 

Kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh : Logo SBP

 

Panduan Membuat Permohonan Online Tingkatan 4 SBP 2018

1) Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh bagi tahun 2018 boleh dibuat secara online sepenuhnya melalui laman sistem aplikasi SST4 KPM.

Klik link ini untuk log masuk: SST4 KPM.

2) Sila masukkan nombor angka giliran / nombor kad pengenalan untuk log masuk ke ruangan permohonan. Sekiranya akses disekat (nombor giliran tidak diterima), pemohon perlu rujuk pihak sekolah bagi mengemaskini maklumat dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

3) Maklumat perlu diisi dengan betul dan tepat. Sebarang kesilapan mengisi borang boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.

4) Pemohon disarankan menyemak semula maklumat yang dilengkapkan dengan teliti sebelum dicetak. Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan (24 Disember 2017).

6) Untuk maklumat lanjut tentang Panduan Mengisi Maklumat Permohonan Online ini, sila klik sini: SST4 Panduan.

 

Kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh : Senarai SBP
Senarai Sekolah Berasrama Penuh yang menawarkan kemasukan Tingkatan 4

 

Keputusan Permohonan Dan Penempatan SBP Tingkatan 4

1) Keputusan Permohonan dan Penempatan SBP Tingkatan 4 boleh disemak selewat-lewatnya pada 19 Januari 2018 (jangkaan) melalui laman aplikasi yang sama ketika membuat permohonan.

2) Semakan boleh juga dibuat di Kaunter Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), KPM beralamat: Aras 3, Blok 2251, (Jalan Usahawan 1) 63000 Cyberjaya, Selangor.

Talian Hotline BPSBPSK : 03-8321 7400.

3) Selain itu, anda juga boleh menyemak di mana-mana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berdekatan anda.

Senarai JPN dan PPD boleh dilihat di sini:

Jabatan Pendidikan Negeri: Senarai JPN seluruh Malaysia.

Pejabat Pendidikan Daerah: Senarai PPD seluruh Malaysia.

4) Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.

5) Tarikh pendaftaran & lokasi sekolah akan dinyatakan dalam surat tawaran.

 

Pendaftaran Kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh

 

6) Kesemua borang dan lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.

7) Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk menolak pendaftaran tersebut.

 

e-Rayuan

1) Pemohon yang tidak berjaya / terlepas tarikh permohonan boleh membuat rayuan melalui e-Rayuan.

2) E-Rayuan dibuka bermula pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP iaitu 19 Januari 2018 (jangkaan).

3) E-Rayuan boleh diakses di laman aplikasi yang sama ketika membuat permohonan, di link ‘Semakan ke SBP Tingkatan 4‘.

4) Masukkan angka giliran PT3 dan lengkapkan maklumat yang diminta sebelum klik e-Rayuan.

5) Klik hantar.

Kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh : Logo KPM

Maklumat & tarikh bagi kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2018 adalah masih tertakluk kepada pindaan. Sebarang maklumat terkini, anda disarankan untuk layari Website Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my.

Anda boleh muat turun Soalan-soalan Lazim tentang Pengambilan Murid Sekolah Berasrama Penuh 2018 di sini: Soalan Lazim SBP 2018

 

Membantu Anak Anda Menyesuaikan Diri Dengan Sukatan Pelajaran Tingkatan 4

Tak dinafikan terdapatnya jurang perbezaan di antara standard Menengah Rendah (Tingkatan 3) dengan tahap Tingkatan 4.

Selain perlu menguasai pengetahuan yang lebih ‘advanced’ dalam matapelajaran teras, anak anda juga kena sesuaikan diri dengan tambahan subjek-subjek baru dan pengkhususan aliran (Sains Tulen / Agama / Sains Sosial / Sains Teknikal / Sains Tulen Agama).

Contohnya untuk aliran Sains Tulen, subjek Biologi, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia akan diperkenalkan. Gambarajah di bawah menunjukkan senarai matapelajaran bagi setiap aliran yang ditawarkan.

 

Kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh : Aliran SBP
Aliran Matapelajaran Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh

 

Ada pelajar yang memerlukan masa dan fokus yang lebih untuk menyesuaikan diri dengan subjek-subjek baru yang mencabar ini. Ada juga yang memerlukan pendedahan awal bagi mempersiapkan diri menghadapi sukatan pelajaran Tingkatan 4.

Terdapat juga murid Tingkatan 4 yang mengalami prestasi yang merudum (dip) pada suku pertama persekolahan kerana sukar / masih lagi menyesuaikan diri dengan pakej matapelajaran Tingkatan 4 aliran pilihan mereka.

Sekiranya anda merasakan anak anda memerlukan pendedahan awal atau memerlukan lebih masa / pengajaran khusus untuk menyesuaikan diri dengan subjek-subjek / sukatan pembelajaran baru Tingkatan 4, Home Tuisyen merupakan di antara pilihan terbaik.

Ini kerana Home Tuisyen menyediakan sesi belajar yang berfokus dan intensif tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah. Anak-anak selesa belajar di rumah ketika cuti sekolah dan ibubapa dapat memantau perkembangan anak mereka dari dekat.

 

Kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh : Testimoni TutorKami
“Cikgu Zaifi is a very EXCELLENT teacher.” Beliau pakar dalam mengajar subjek KIMIA di pelbagai peringkat termasuk tingkatan 4 dan 5 (SPM).

Di TutorKami.com, kami juga menyediakan Home Tutor yang berpengalaman dalam persediaan anak-anak ke Tingkatan 4. Tidak kiralah dalam menguatkan asas pengetahuan dalam subjek-subjek teras atau memberikan pendedahan awal kepada subjek-subjek baru mahupun membiasakan diri dengan subjek-subjek pengkhususan aliran.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan Home Tuisyen ketika cuti sekolah ini, meluangkan satu atau dua sesi seminggu untuk membiasakan anak anda dengan pembelajaran Tingkatan 4?

Adakah anda merasakan anak anda memerlukan pendedahan awal subjek-subjek baru Tingkatan 4 tahun depan?

Adakah anda perlukan Cikgu Tuisyen yang mampu membantu anak anda mudah menguasai subjek aliran pilihan Tingkatan 4 tahun hadapan?

Jika jawapan anda YA, sila klik sini untuk hubungi kami: HUBUNGI KAMI

Home Tuisyen TutorKami mempunyai JAMINAN kepuasan. Kami sedia membantu anda.

Diharapkan panduan Kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh ini dapat memberikan manfaat buat anda dan anak anda dalam memohon kemasukan ke SBP 2018. Selamat Mencuba & Semoga Berjaya!

 

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *