Modul Latihan KBAT Matematik Sekolah Rendah
Dalam pos kali ini kami kongsikan Modul Latihan KBAT Matematik Sekolah Rendah yang mengandungi lebih daripada 20 soalan KBAT berserta dengan jawapan dan kaedah penyelesaiannya.
Modul Latihan KBAT Matematik ini disediakan oleh sekumpulan guru sekolah yang terdiri daripada Encik Ridzuan Sukri, Encik Zulkifli Mahfuz, Pn Rozani Kamarudin, Pn Nurul Ashikin Hashim dan Encik Zakaria Abd Rani.
Seperti yang kita sedia maklum, elemen KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) telah diterapkan ke dalam silibus pembelajaran sekolah di Malaysia.
KBAT mengasah kemahiran mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta dengan mengajak murid mencerap sesuatu maklumat kemudian diproses dalam minda sebelum akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk.
Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, kritis dan inovatif di kalangan murid.
Dalam Modul Latihan KBAT Matematik Sekolah Rendah ini, terdapat 15 soalan konstruk mengaplikasi dan baki lagi enam soalan di dalam bentuk menganalisis serta konstruk memahami. Aras kesukaran setiap soalan berada di tahap sederhana ke tinggi.
Topik yang disentuh di dalam soalan-soalan ini termasuklah wang, masa dan waktu, ukuran panjang dan tinggi, jisim, bentuk dan ruang, peratus, isipadu cecair, perwakilan data, berat, pecahan dan perpuluhan.
Anda boleh muat turun / download Modul Latihan KBAT Matematik Sekolah Rendah itu di sini : Modul KBAT Matematik.
Kami berharap para pembaca baik ibubapa, para pelajar terutamanya yang berada di peringkat sekolah rendah dan pengajar dapat memperoleh manfaat daripada perkongsian kali ini.
‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom
‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami
Sumber asal Modul ini dikongsikan dari website ini : www.cocomy.net/post/381221 dengan tajuk ‘Modul Excellent Matematik UPSR’.