Nota Padat Formula Matematik Tahun 6 UPSR
Kali ini kami kongsikan Nota Padat Formula Matematik Tahun 6 UPSR buat pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Nota ini juga sesuai untuk pelajar sekolah rendah tahun 4 dan 5 sebagai persediaan awal mereka.
Nota padat ini menerangkan dengan ringkas formula serta operasi utama mengikut setiap topik pelajaran. Sebagai contoh, di bawah topik Nombor Bulat, nombor 3 475 926 dibahagikan kepada nilai digit juta, ratus ribu, puluh ribu, ribu, ratus dan sa untuk menunjukkan kepada pelajar aturan tempat berpandukan nilai digit.

Dalam bahagian ini juga, pelajar dapat mengetahui aturan formula untuk menyelesaikan operasi bercampur iaitu BODMAS (Bracket, Division, Multiplication, Addition dan Substraction).
Selain Nombor Bulat, nota padat ini turut mengandungi ringkasan dan formula perpuluhan, masa dan waktu, peratusan, ukuran panjang, isipadu cecair, berat, bentuk 2 dimensi serta bentuk 3 dimensi.
Anda boleh muat turun / download nota padat tersebut di sini : Nota Padat Matematik Tahun 6 UPSR.
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat buat anda tidak kiralah anda pihak ibubapa atau tenaga pengajar. Semoga nota padat ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar menguasai topik-topik matematik peringkat sekolah rendah.
‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom
‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami
Sumber asal Nota Padat ini dikongsikan dari website ini : www.cocomy.net/post/316078 dengan tajuk ‘Nota Padat & Lengkap untuk Pelajar Tahun 6 Mudah Kuasai Topik Peperiksaan UPSR’.
2 thoughts on “Nota Padat Formula Matematik Tahun 6 UPSR”
????????
Need more-.-