Generasi Z: Siapakah Golongan Ini?
Pernah terdengar mengenai Generasi Z? Atau terbaca tentang teori generasi yang merangkumi generasi Baby Boomer, Generasi X, Generasi Y selain Generasi Z?
Generasi Z (juga dikenali sebagai Centennials, iGeneration, Post-Millennials) adalah golongan demografi yang lahir pada tahun 1995 – 2010.
Pada tahun ini 2017, mereka kini berumur dalam lingkungan 7 – 22 tahun. Ini bermakna mereka ‘conquer’ semua peringkat pendidikan dari sekolah rendah tahun 1 ke peringkat sekolah menengah sehinggalah tahun awal universiti.
Anak-anak Generasi ini dikatakan mempunyai kecenderungan tersendiri. Ciri terpenting adalah penggunaan Internet yang meluas sejak usia muda. Generasi Z difikirkan sebagai selesa dan fasih dengan teknologi serta lebih suka berinteraksi / bersosial via online.
Gen Z membesar di era digital dan bebas terdedah kepada segala informasi dari internet. Ini bermakna golongan ini memiliki kemampuan untuk mengakses informasi lebih cepat via gajet-gajet walaupun usia mereka masih kecil.
Selain itu, menurut pembentangan kaji selidik Gen Z (Gen Z Survey Launch) anjuran INTI International Universiti and Colleges, Generasi Z mempunyai ‘short attention span’ (rentang perhatian yang singkat), selesa mengekspresikan diri dengan awam secara spontan, mengamalkan multitasking dan lebih gemar bermain di dalam rumah (indoors).
Dengan Generasi Z merangkumi semua lapisan pendidikan di Malaysia, ciri-ciri umum seperti di atas telah ‘merevolusi’ sistem pendidikan dalam pelbagai aspek.
Kita sebagai para pendidik -baik pihak berkuasa, guru-guru, para ibubapa, tutor-tutor- perlulah ikut serta mengadaptasi / mendalami karekter pelajar Generasi ini agar mereka dapat menyerap segala ilmu dengan berkesan, terpelajar dan seterusnya berjaya dalam hidup.
TutorKami.com tidak ketinggalan untuk membantu para pendidik menangani pelajar-pelajar Generasi Z. Sabtu ini, TutorKami akan mengadakan Webinar Percuma yang membincangkan tentang ‘Bagaimana Mengendali & Memotivasi Pelajar Generasi Z’.
Sesi Live ini akan disampaikan oleh Cikgu Noorhaida Sukardi yang berpengalaman 28 tahun dalam bidang pendidikan merentasi setiap generasi pelajar dan masih kekal relevan.
Tarikh: 5 Ogos 2017.
Hari: Sabtu.
Masa: 9.00pm – 10.00pm.
Platform: Youtube Live.
Jika anda menghadapi kesukaran mendalami karekter pelajar masa kini, tak kiralah anda seorang ibubapa, cikgu atau sesiapa pun, webinar ini sesuai untuk anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan klik link ini: Webinar Percuma TutorKami.
Semoga kita semua mendapat manfaat dari Webinar TutorKami ini dalam memantapkan lagi pengetahuan kita sebagai pendidik anak bangsa Gen Z.
Jumpa 5 Ogos ini!
‘Follow’ TutorKami di Facebook.
‘Follow’ TutorKami di Instagram.