Bagaimana Anda Mengubah Kegagalan SPM 2017 Kepada Kejayaan SPM Ulangan 2018

Pelajar-pelajar menduduki SPM Ulangan 2018

Anda Gagal SPM 2017? Anda Ingin Cuba Sekali Lagi Untuk ‘Improve’ Gred SPM Anda? SPM Ulangan 2018 Adalah Peluang Anda.

Kertas SPM Ulangan 2018 disediakan oleh KPM sebagai peluang kedua buat calon yang gagal SPM buat kali pertama dan kepada mereka yang ingin menambah baik gred keputusan SPM mereka.

Tak dinafikan SPM memberikan impak yang besar kepada masa depan seseorang pelajar. Keputusan SPM boleh menentukan halatuju pelajar dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sijil SPM juga menjadi syarat wajib (minimum) dalam memohon sebahagian besar pekerjaan di Malaysia.

Merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Negara, anda dikira lulus SPM jika mendapat sekurang-kurangnya gred E (tahap minimum) dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Dan menurut statistik SPM 2017, 15% daripada semua calon SPM 2017 telah gagal iaitu kira-kira 66,500 pelajar.

Pelajar gagal SPM Ulangan 2017

Kepada anda yang telah gagal SPM 2017, tak usah berputus asa. Kertas SPM Ulangan 2018 merupakan peluang untuk menebus semula kegagalan itu. Ini peluang anda untuk belajar dari kesilapan. Peluang anda teruskan perjuangan ilmu. Ingatlah, tiada istilah tewas dalam menimba ilmu.

Kepada anda yang ingin menambah baik gred peperiksaan anda untuk memenuhi syarat kelayakan ke universiti pun inilah peluang anda. Peluang untuk meneruskan cita-cita anda.

Di sini, kami kongsikan panduan & segala yang anda perlu tahu tentang pendaftaran SPM Ulangan 2018:

 

SPM Ulangan Bulan Jun & November 2018.

1) SPM Ulangan dijalankan sebanyak 2 kali setiap tahun iaitu pada bulan Jun dan November.

2) SPMU Jun hanya melibatkan 3 kertas sahaja: Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

3) SPM November melibatkan semua kertas, sama jadual & format seperti peperiksaan SPM biasa setiap tahun.

4) Oleh kerana SPMU dijalankan 2 kali setahun, calon boleh memilih untuk menduduki mana-mana sesi. Contoh:

  • Jika seorang calon ingin mengulang subjek Bahasa Melayu dan Sejarah, bolehlah ambil SPMU bulan Jun.
  • Jika seorang calon ingin mengulang subjek lain seperti Biologi atau Akaun, calon kena mengulang di bulan November.
  • Jika calon ingin mengulang Bahasa Melayu dan Fizik, calon boleh memilih untuk mengambil subjek BM pada bulan Jun dan subjek Fizik pada bulan November.

5)  Jika calon gagal satu matapelajaran sahaja, calon hanya perlu mengulangi mata pelajaran itu SAHAJA. Contohnya jika anda lulus SPM subjek Bahasa Melayu tetapi gagal Sejarah, anda hanya perlu mengulangi kertas Sejarah sahaja, bukannya mengulangi semua kertas SPM.

 

daftar-online-spmu

 

Pendaftaran calon SPM Ulangan 2018

1) Permohonan dibuka dari 1 Mac 2018 hingga 31 Mac 2018.

2) Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

3) Calon SPMU hendaklah membuat pendaftaran secara online terlebih dahulu. Klik sini untuk pendaftaran: SPMU Daftar Online

4) Kegagalan mendaftar secara online akan mengakibatkan permohonan terbatal walaupun bayaran telah dibuat.

5) Muat turun borang pendaftaran SPMU dan isikan selengkapnya mengikut panduan di dalam website tersebut. Klik sini untuk muat turun: Borang SPMU

senarai-semak-dokumen-spmu

6) Sediakan dokumen menurut Senarai Semak Dokumen SPMU seperti dalam gambar. Anda boleh pos kesemua dokumen ke Jabatan Pendidikan Negeri atau serahkan sendiri di Jabatan Pendidikan Negeri yang terdekat pada waktu pejabat.

Senarai lokasi Jabatan Pendidikan Negeri boleh dilihat di sini: Lokasi Jabatan Pendidikan Negeri.

7) No Pin akan diberikan kepada calon selepas membuat bayaran secukupnya ketika menyerahkan borang pendaftaran. Kadar bayaran akan diterangkan di segmen seterusnya di bawah.

8) Sekali lagi diingatkan, tarikh akhir pendaftaran sebagai calon persendirian SPM Ulangan (SPMU) adalah pada 31 MAC 2017. Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

 

Kadar Bayaran Kertas SPM Ulangan 2018

1) Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan/ Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

2) Bayaran asas adalah sebanyak RM20 setiap pelajar. Jumlah ini akan ditambah dengan bilangan kertas yang akan diambil oleh calon.

3) Senarai matapelajaran dan harga bayaran adalah seperti dalam gambar:

Bayaran kertas SPM Ulangan 2018

4) Sebagai contoh, jika seorang calon ingin mengambil kertas Bahasa Melayu dan Geografi, beliau perlu membayar: Bayaran Asas RM20 + kertas Bahasa Melayu RM12 + Geografi RM10.50 = RM42.50

5) Calon perlu memastikan mata pelajaran yang didaftar tidak bertindih waktu peperiksaannya. Jadual peperiksaan SPMU Jun dan November akan dikongsikan di bawah.

 

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2018

1) Berikut kami kongsikan Jadual SPM Ulangan 2018 dan jadual SPM 2018.

Klik sini untuk memuat turun Jadual SPMU (Jun) 2018: Jadual SPMU 2018

Klik sini untuk memuat turun Jadual SPM (November) 2018: Jadual SPM 2018

Jadual SPM Ulangan 2018
Jadual SPMU 2018 (Jun 2018)

 

2) Nota Penting: Mata pelajaran Pendidikan Islam (1223) hendaklah digugurkan sekiranya calon mendaftar dua mata pelajaran berikut 5227 dan 5228 (Pendidikan Al-Quran & Sunnah dan Pendidikan Syari’ah Islamiah) . Pendidikan Islam – 1223 bertindih masa dalam Jadual Waktu dengan Pendidikan Syari’ah Islamiah – 5228.

3) Mata pelajaran 1511 (Sains) hendaklah digugurkan sekiranya calon mendaftar dua mata pelajaran berikut 4531, 4541, 4551 (Fizik, Kimia, Biologi). Kertas Science – 1511 bertindih masa dalam Jadual waktu dengan Physics – 4531.

4) Mata pelajaran Chemistry – 4541 bertindih masa dalam Jadual waktu dengan – Additional Science – 4561.

5) Calon diminta menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri jika belum menerima Jadual Waktu SPM dalam tempoh sebulan sebelum tarikh peperiksaan.

 

Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP)

1) Calon yang berdaftar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (1103), Bahasa Inggeris (1119), Bahasa Cina (6351), Bahasa Tamil (6354), Bahasa Arab (2361) serta Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (5227) WAJIB melaksanakan Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) / Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) sekiranya calon:

  • calon mengulang selepas tempoh tiga tahun (2015, 2016 & 2017) daripada tarikh akhir menduduki peperiksaan SPM.
  • calon mengulang dalam tempoh tiga tahun daripada tarikh akhir menduduki peperiksaan SPM dan mendapat keputusan G (Gagal) atau T (Tidak Hadir).

2) Tarikh, masa dan tempat ujian lisan akan dimaklumkan kepada calon dua minggu sebelum ujian lisan dijalankan.

3) Calon pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan ULKCP tanpa perlu memohon kelulusan daripada Pengarah Peperiksaan.

SPM Ulangan 2018 dijalankan di JPN

 

Pembetulan & Info Penting Lain

1) Setelah berdaftar, calon boleh membuat Pembetulan Maklumat Mata Pelajaran (PMMP) secara percuma sebelum 15 April. Selepas 15 April sehingga 15 Mei, calon akan dikenakan bayaran sebanyak RM3o setiap subjek. Calon TIDAK BOLEH membuat sebarang pembetulan selepas 15 Mei 2018.

2) Bagi Pembetulan Maklumat Calon (PMC), calon boleh membuat pembetulan secara percuma sebelum 15 April. Selepas 15 April bayaran RM30 akan dikenakan bagi setiap permohonan pembetulan.

3)  Maklumat tambahan seperti Nombor Angka Giliran, Nama dan Lokasi Pusat Peperiksaan, Jumlah Mata Pelajaran daftar dan Tarikh Peperiksaan, anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berdekatan. Klik sini untuk lokasi: Lokasi JPN

4) Jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut, anda boleh menghubungi Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260 atau emel jpn.wp@moe.gov.my

 

Sesi Belajar di Rumah yang Intensif!

Oleh kerana anda merupakan calon persendirian dan sudah tamat tingkatan 5, kami cadangkan supaya anda mengambil kelas tuisyen sebagai cara terbaik untuk mengulangkaji pelajaran secara intensif selama beberapa minggu ini.

Seorang cikgu tuisyen mengajar calon SPM Ulangan 2018 di rumah.

Tutorkami boleh membantu anda dengan menyediakan guru tuisyen datang ke rumah anda. Di antara kelebihan tuisyen di rumah termasuklah tutor anda boleh memberikan perhatian khusus kepada anda tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah anda semata-mata untuk belajar.

Tutor yang berpengalaman boleh mengenalpasti kekuatan anda dan kelemahan mana yang perlu diperbaiki. Sesi pembelajaran akan disesuaikan mengikut tahap dan keperluan anda.

Penekanan dan latihan yang lebih intensif akan diberikan kepada topik-topik yang anda lemah. Ini membantu meningkatkan prestasi pembelajaran anda dan meninggikan keyakinan diri anda.

Klik sini untuk maklumat lanjut tentang TutorKami:  TutorKami.  Anda boleh hubungi/Whatsapp TutorKami di 012-2309743 / 019-6412395 dan biar kami bantu anda mencari tutor SPMU dengan segera. Hubungi hari ini!

Semoga post ini memberikan manfaat kepada para calon yang ingin mengulang SPM tahun ini. Di kesempatan ini, kami warga kerja dari TutorKami ingin mengucapkan Jangan Mengalah dan Selamat Berjuang! Semoga dipermudahkan segala urusan dan Selamat Berjaya!

 

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *