Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 Sesi 2019 / 2020: Semua Yang Anda Perlu Tahu
Kepada ibubapa / penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2012 dan 2013, anda boleh mula memohon Kemasukan Tahun 1 Sesi 2019 dan 2020 untuk anak anda pada 1 Mac 2018.
Di sini kami kongsikan syarat-syarat, info lanjut dan cara memohon Kemasukan Tahun 1 Sesi 2019 / 2020:
Syarat Umum Permohonan Kemasukan Tahun 1 Sesi 2019 / 2020.
1) Permohonan dibuka untuk ambilan pelajar 2019 dan 2020, ini bermakna calon mestilah warganegara Malaysia yang lahir pada:
– 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (berumur 5 ke 6 tahun) untuk ambilan pelajar sesi 2019.
– 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (berumur 4 ke 5 tahun) untuk ambilan pelajar sesi 2020.
2) Permohonan dibuka pada 1 Mac 2018 dan akan ditutup pada 30 April 2018.
3) Permohonan Kemasukan Tahun 1 ini boleh dibuat secara online untuk sekolah di Semenanjung Malaysia. Manakala untuk Sabah Sarawak dan Labuan, pemohon perlu hadir sendiri ke sekolah untuk berdaftar.
4) Bagi permohonan online, pemohon boleh berdaftar secara online melalui laman sistem aplikasi SPATKPM.
Klik sini untuk log masuk: SPATKPM
Panduan Membuat Permohonan Online Kemasukan Tahun 1 2019 / 2020
1) Kepada pengguna sedia ada, anda boleh layari laman SPATKPM dengan login menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan.
2) Kepada pengguna baru / kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di sini: Daftar Pengguna Baru SPATKPM. Hanya ibu bapa / penjaga dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
3) Selesai login, pergi ke Daftar Masuk. Pilih Tahun 1. Klik Permohonan Baru.
4) Isikan maklumat dalam borang pendaftaran dengan betul. Di antara maklumat yang perlu diisi termasuk:
- maklumat pra-sekolah / tadika.
- profil kesihatan.
- rekod imunisasi kanak-kanak.
5) Borang yang sudah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online perlulah dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah nanti.
Proses Perakuan / Pengesahan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2019 / 2020.
1) Ibu bapa / penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ini ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat.
2) Selain cetakan borang permohonan, dokumen lain yang perlu dibawa termasuk:
- sijil lahir pemohon (sijil asal & 1 salinan fotostat).
- kad pengenalan ibubapa (sijil asal & 1 salinan fotostat untuk kedua ibu bapa).
- surat nikah / cerai (sijil asal & 1 salinan fotostat).
- salinan bil air, bil letrik, cukai pintu atau yang lain-lain sebagai bukti tempat tinggal.
- laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan).
- sampul surat saiz sederhana dan setem (saiz sampul surat & harga setem ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri yang dipohon).
- Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan & Imunisasi.
3) Sila rujuk dengan pengurusan sekolah yang dipohon dan senarai semak permohonan online bagi mendapatkan keterangan lanjut dan maklumat terkini berkaitan dengan dokumen yang diperlukan.
Keputusan Permohonan Kemasukan Tahun 1 Sesi 2019 / 20
1) Status Keputusan Permohonan Kemasukan Sesi 2019 / 2020 dijangka boleh disemak bermula pada Julai 2018 ke Ogos 2018 melalui laman aplikasi yang sama (SPATKPM).
2) Kepada permohonan yang berjaya, pemohon perlu mencetak Surat Penempatan dan hantar ke sekolah berkenaan bersama sijil lahir asal pemohon.
3) Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa boleh membuat permohonan Rayuan Penempatan Semula melalui sistem aplikasi yang sama bermula Julai 2018 sehingga Ogos 2018 (jangkaan).
4) Semakan keputusan rayuan dijangka boleh diperoleh pada bulan Oktober 2018.
5) Tarikh semakan tertakluk kepada sebarang pindaan semasa. Sebarang maklumat terkini anda disarankan untuk merujuk laman aplikasi SPATKPM.
Maklumat Lanjut & Cara Hubungi
1) Anda boleh muat turun panduan Sistem Pendaftaran Online SPATKPM di sini: Manual Pengguna SPATKPM.
2) Laman Soalan Lazim (FAQ) SPATKPM boleh diakses di sini: FAQ SPATKPM.
3) Sebarang soalan tentang sistem SPATKPM, anda boleh email kepada: admin_spatkpm@moe.gov.my
4) Sebarang pertanyaan lanjut tentang Permohonan Kemasukan Tahun 1 Sesi 2019 / 2020, anda boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berdekatan dengan sekolah yang dipohon.
Senarai JPN beserta cara hubungi boleh dilihat di sini:
Jabatan Pendidikan Negeri: Senarai JPN seluruh Malaysia.
Membantu Anak Anda Bersedia Dengan Sukatan Pelajaran Tahun 1
Di TutorKami.com, kami menyediakan home tutor pra-sekolah khas untuk persediaan anak-anak memasuki Tahun 1. Anda boleh hubungi kami jika anda inginkan tuisyen di rumah untuk menguatkan asas kemahiran 3M anak anda iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.
Anda juga boleh memilih tutor yang penyabar atau tegas, berciri keibuan atau jenis ‘tak bagi muka’ sesuai dengan sikap dan kecenderungan anak anda. Jika dalam sesi tuisyen pertama anda dapati yang anak anda tidak serasi dengan tutor, kami akan usahakan ganti dengan tutor lain dan sesi pertama itu dikira PERCUMA!
Adakah anda berminat untuk mendapatkan Home Tuisyen Pra-Sekolah buat anak anda?
Adakah anda inginkan Tuisyen Di Rumah bagi mempersiapkan anak anda menghadapi Ujian Saringan Tahun 1?
Adakah anda perlukan Cikgu Tuisyen yang mampu membantu anak anda dalam menduduki Ujian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik bagi menempatkannya di kelas terbaik?
Jika jawapan anda YA, sila klik sini untuk hubungi kami: HUBUNGI KAMI.
Home Tuisyen TutorKami mempunyai JAMINAN kepuasan. Kami sedia membantu anda
Diharapkan panduan Kemasukan Tahun 1 Sesi 2019 / 2020 ini bermanfaat buat anda dan anak anda. Semoga Berjaya!
‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom
‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami