Bagaimana Memohon Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Untuk Anak Anda

Ujian Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh: Semua Yang Anda Perlu Tahu

Pengumuman rasmi keputusan UPSR 2017 dijangka akan dibuat dalam minggu kedua / ketiga bulan ini (November). Sementara itu, calon-calon yang berminat untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh membuat Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh tanpa perlu menunggu keputusan rasmi UPSR.

Di sini kami kongsikan syarat-syarat, info lanjut dan cara memohon kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2018.

 

Syarat Umum Pemilihan Pelajar Tingkatan 1 SBP

1) Permohonan dibuka pada 16 Oktober 2017 dan akan ditutup pada 19 November 2017.

2) Pelajar mestilah warganegara Malaysia.

3) Murid Tahun Enam 2017 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.

4) Murid yang berada dalam set toleransi UKSBP.
(UKSBP ialah Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh – ini akan diterangkan di bawah).

5) Memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dalam UPSR 2017.
(Permohonan boleh dibuat walaupun keputusan UPSR 2017 belum diumumkan).

6) Murid yang aktif dalam kokurikulum.

 

Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh : Logo SBP

 

Panduan Membuat Permohonan Online Tingkatan 1 SBP 2018

1) Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh bagi tahun 2018 boleh dibuat secara online sepenuhnya melalui laman sistem aplikasi SST1 KPM.

Klik link ini untuk log masuk: SST1 KPM.

2) Sila masukkan nombor angka giliran UPSR 2017 untuk log masuk ke ruangan permohonan. Sekiranya akses disekat (nombor giliran tidak diterima), pemohon perlu rujuk pihak sekolah bagi mengemaskini maklumat dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

3) Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan ibubapa / penjaga / guru.

4) Maklumat perlu diisi dengan betul dan tepat. Sebarang kesilapan mengisi borang boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.

5) Pemohon disarankan menyemak semula maklumat yang dilengkapkan dengan teliti sebelum dicetak. Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan (19 November 2017).

6) Untuk maklumat lanjut tentang Panduan Mengisi Maklumat Permohonan Online ini, sila klik sini: SST1 Panduan.

 

Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh : Ujian Kemasukan

Ujian Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)

1) UKSBP merupakan Ujian Saringan yang diperkenalkan bermula ambilan Tahun 2018 sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP. Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

2) Murid yang tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

3) Selepas permohonan Kemasukan SBP ditutup (19 November), para pemohon boleh menyemak keputusan kelayakan untuk menduduki UKSBP melalui laman aplikasi yang sama ketika membuat permohonan pada 30 November 2017 (jangkaan).

4) Pemohon yang layak perlu hadir ke lokasi dan tarikh yang ditetapkan untuk menduduki UKSBP yang akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Senarai 68 SBP lengkap dengan aliran (Sains / Agama / Ulul Albab) dan alamat web ada di sini: Senarai 68 Sekolah Berasrama Penuh.

5) Tarikh ujian adalah pada 11 hingga 14 Disember 2017 di semua negeri kecuali Selangor. UKSBP di Selangor akan bermula pada 12 Disember sehingga 15 Disember 2017.

 

Keputusan Permohonan Dan Penempatan SBP Tingkatan 1

1) Keputusan Permohonan dan Penempatan SBP Tingkatan 1 boleh disemak selewat-lewatnya pada 29 Disember 2017 (jangkaan) melalui laman aplikasi yang sama ketika membuat permohonan.

2) Semakan boleh juga dibuat di Kaunter Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), KPM beralamat: Aras 3, Blok 2251, (Jalan Usahawan 1) 63000 Cyberjaya, Selangor.

Talian Hotline BPSBPSK : 03-8321 7400.

3) Selain itu, anda juga boleh menyemak di mana-mana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berdekatan anda.

Senarai JPN dan PPD boleh dilihat di sini:

Jabatan Pendidikan Negeri: Senarai JPN seluruh Malaysia.

Pejabat Pendidikan Daerah: Senarai PPD seluruh Malaysia.

4) Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.

5) Tarikh pendaftaran & lokasi sekolah akan dinyatakan dalam surat tawaran.

 

Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh : Daftar SBP

 

6) Kesemua borang dan lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.

7) Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk menolak pendaftaran tersebut.

 

e-Rayuan

1) Pemohon yang tidak berjaya / terlepas tarikh permohonan boleh membuat rayuan melalui e-Rayuan.

2) E-Rayuan dibuka bermula pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP iaitu 29 Disember 2017 (jangkaan).

3) E-Rayuan boleh diakses di laman aplikasi yang sama ketika membuat permohonan, di link ‘Semakan ke SBP Tingkatan 1‘.

4) Masukkan angka giliran UPSR dan lengkapkan maklumat yang diminta sebelum klik e-Rayuan.

5) Klik hantar.

Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh : Logo KPM

Maklumat & tarikh bagi kemasukan ke SBP Tingkatan 1 2018 adalah masih tertakluk kepada pindaan. Sebarang maklumat terkini, anda disarankan untuk layari Website Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my.

Anda boleh muat turun Soalan-soalan Lazim tentang Pengambilan Murid Sekolah Berasrama Penuh 2018 di sini: Soalan Lazim SBP 2018. 

 

Membantu Anak Anda Menyesuaikan Diri Dengan Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah

Tak dinafikan terdapatnya jurang perbezaan yang KETARA di antara standard Sekolah Rendah dengan tahap Sekolah Menengah Tingkatan 1.

Selain perlu menguasai pengetahuan yang lebih ‘advanced’ dalam matapelajaran asas, anak anda juga kena sesuaikan diri dengan tambahan subjek-subjek baru seperti Geografi & Kemahiran Hidup. Kepada pemohon SBP, mereka juga perlu serasi dengan subjek pengkhususan aliran (Sains / Agama / Ulul Albab).

 

Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh : Aliran SBP

 

Ada pelajar yang memerlukan masa dan fokus yang lebih untuk menyesuaikan diri dengan tahap Tingkatan 1. Ada juga yang memerlukan pendedahan awal bagi mempersiapkan diri menghadapi Tingkatan 1.

Terdapat juga murid Tingkatan 1 yang mengalami prestasi yang merudum (dip) pada suku pertama persekolahan kerana sukar / masih lagi menyesuaikan diri dengan sukatan pelajaran Sekolah Menengah.

Sekiranya anda merasakan anak anda memerlukan pendedahan awal atau memerlukan lebih masa / pengajaran khusus untuk menyesuaikan diri dengan sukatan pembelajaran Tingkatan 1, Home Tuisyen merupakan di antara pilihan terbaik.

Ini kerana Home Tuisyen menyediakan sesi belajar yang berfokus dan intensif tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah. Anak-anak selesa belajar di rumah ketika cuti sekolah dan ibubapa dapat memantau perkembangan anak mereka dari dekat.

Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh: Testimonial TutorKami
Anak saya SERONOK belajar dan diajar sampai FAHAM! ~ Puan Akmazura, Klang

Di TutorKami.com, kami juga menyediakan Home Tutor yang berpengalaman dalam persediaan anak-anak ke Tingkatan 1. Tidak kiralah dalam menguatkan asas pengetahuan dalam subjek-subjek teras atau memberikan pendedahan awal kepada subjek-subjek baru mahupun membiasakan diri dengan subjek-subjek pengkhususan aliran.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan Home Tuisyen ketika cuti sekolah ini, meluangkan satu atau dua sesi seminggu untuk membiasakan anak anda dengan pembelajaran Tingkatan 1?

Adakah anda merasakan anak anda memerlukan pendedahan awal subjek-subjek baru Tingkatan 1 tahun depan?

Adakah anda perlukan Cikgu Tuisyen yang mampu membantu anak anda mudah menguasai subjek aliran pilihan Tingkatan 1 tahun hadapan?

Jika jawapan anda YA, sila klik sini untuk hubungi kami: HUBUNGI KAMI

Home Tuisyen TutorKami mempunyai JAMINAN kepuasan. Kami sedia membantu anda.

Diharapkan panduan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh ini dapat memberikan manfaat buat anda dan anak anda dalam memohon kemasukan ke SBP 2018. Selamat Mencuba & Semoga Berjaya!

 

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *