Rujuk dan Dapatkan Wang Tunai RM50!

Rujukan Pic_drf1

.

Adakah anda tahu sesiapa yang sedang mencari tutor? Jom kita bantu mereka! Berikan kami nama, lokasi dan nombor telefon mereka, dan kami akan memberi anda wang tunai RM50 untuk setiap rujukan yang berjaya.

Langkah-langkah
  1. Berikan kami nama penuh, lokasi & no telefon klien (ibu bapa atau pelajar) itu. Beritahu kami jika anda adalah klien kami (pernah mengambil tutor dari TutorKami) atau tutor yang berdaftar dengan TutorKami. Jangan risau, jika anda bukan klien atau tutor dengan TutorKami, anda masih boleh menyertai program ini.
  2. Anda boleh meminta klien untuk terus menghubungi kami, atau kami juga boleh menghubungi mereka untuk berbincang tentang proses mendapatkan tutor.
  3. Jika klien itu setuju menggunakan khidmat TutorKami, kami akan membuat langkah seterusnya iaitu mendapatkan mereka tutor yang sesuai.
  4. Rujukan anda dikira berjaya apabila klien itu melengkapkan 4 minggu kelas dengan tutor kami. Pihak kami seterusnya akan ‘transfer’ wang tunai RM50 ke akaun bank anda.
.
Tips untuk perujuk
Jika anda perkenalkan ibubapa yang memenuhi kriteria dibawah ini kepada kami, peluang untuk rujukan anda berjaya adalah lebih tinggi.
  1. Ibubapa yang mempunyai anak berusia antara 6-17 tahun, dan
  2. Ibubapa yang mempunyai jumlah pendapatan isi rumah (household income) yang tinggi iaitu RM10,000 sebulan dan ke atas.
  3. Tips mudah untuk tahu jika klien itu mempunyai pendapatan isi rumah yang tinggi, ialah mereka biasanya tinggal di rumah yang berharga RM500,000 ke atas (atau menyewa rumah dengan kadar sewa RM2,500 sebulan ke atas).
.Terma dan syarat
  1. Program ini terbuka kepada semua, sama ada anda merupakan klien/tutor TutorKami atau tidak.
  2. Klien yang dirujuk bukanlah klien sedia ada TutorKami.
  3. RM50 tunai akan di ‘transfer’ sebaik sahaja 4 minggu kelas dengan tutor berkenaan telah selesai.
  4. Tiada had untuk bilangan klien yang anda boleh rujuk kepada kami. Namun untuk setiap satu klien yang berjaya dirujuk, RM50 itu hanya akan diberi sekali sahaja.
.
Untuk merujuk klien atau medapatkan sebarang maklumat tentang program ini, sila hubungi:

012-230 9743 (hari biasa, 9am-6pm)
019-641 2395 (selain daripada waktu/hari di atas)
Emel: [email protected]