Menghayati Sambutan Hari Raya Aidiladha Dan Mendalami Topik PT3 Pendidikan Islam: Solat AidilFitri Dan AidilAdha

People praying in mosque with caption PT3: Penddikan Islam Topik 12 Solat Aidilfitri Dan Aidiladha

Pendidikan Islam Tingkatan 3: Ibadah Topik 12: Solat Aidilfitri Dan Solat Aidiladha

Sempena menjelang Hari Raya Aidiladha, kami kongsikan Nota Ringkas PT3 Pendidikan Islam Tingkatan 3 Ibadah (Topik 12): Solat Aidilfitri Dan Aidiladha buat adik-adik yang akan menduduki peperiksaan PT3 tak lama lagi.

 

Solat Aidilfitri Dan Aidiladha

  • Solat Aidilfitri ialah solat sunat yang dilakukan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.
  • Solat Aidiladha ialah solat sunat yang dilakukan sempena menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah.
  • Hari Raya Aidilfitri juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa manakala Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban.
  • Hukum mengerjakan kedua-dua solat ini ialah sunat muakkad.
  • Bilangan jemaah sekurang-kurangnya 2 orang.

 

niat dan lafaz solat aidilfitri dan aidiladha
Niat Dan Lafaz Solat Aidilfitri Dan Aidiladha

Cara Menunaikan Solat Hari Raya

  1. Takbiratulihram beserta niat.
  2. Pada rakaat pertama;
  • Membaca niat.
  • Membaca doa iftitah.
  • Takbir sebanyak 7 kali dan membaca tasbih.
  • Membaca surah al-Fatihah.
  • Rukuk dan sujud seperti solat biasa.

3. Pada rakaat kedua;

  • Takbir lima kali dan membaca tasbih.
  • Membaca surah al-Fatihah.
  • Rukuk dan sujud seperti solat biasa.
  • Membaca tahiyat akhir dan memberi salam.
  • Selepas memberi salam, imam akan membaca khutbah.

 

Hikmah Solat Sunat Hari Raya

  • Tanda kesyukuran atas nikmat yang diberi.
  • Dapat memuji kebesaran Allah SWT.
  • Perhimpunan yang besar bagi seluruh umat Islam.
  • Sebagai lambang perpaduan umat Islam.

 

Orang Islam bersolat Raya Aidilfitri dan Aidiladha di Masjid Jamek di New Delhi. Gambar ihsan Xinhua News

 

Kepentingan Takbir Hari Raya

  • Melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT.
  • Meningkatkan syiar Islam.
  • Mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT.
  • Memantapkan semangat perjuangan Islam.

 

Perkara Sunat Yang Dilakukan Sebelum Solat Sunat Hari Raya

  • Banyakkan sedekah.
  • Pergi awal ke masjid.
  • Membayar zakat fitrah.
  • Memakai pakaian yang bersih.
  • Mandi sunat pada pagi hari raya.
  • Memakai wangi-wangian bagi lelaki.
  • Menghidupkan malam raya dengan ibadat.
  • Bermaaf-maafan dengan ibu bapa dan keluarga.
  • Berwajah ceria dan senyum pada setiap orang Islam yang ditemui.

 

Syarat Khutbah Hari Raya

  • Khatib menutup aurat.
  • Khatib mestilah seorang lelaki.
  • Khutbah dibaca selepas solat hari raya.
  • Berturut-turut di antara dua khutbah.
  • Khatib suci daripada hadas dan najis.
  • Khutbah dibaca sambil berdiri jika berkemampuan.

 

Khutbah ketika Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

 

Perbezaan Solat Hari Raya Dengan Solat Jumaat

1.Perkara: HUKUM

  • Solat Hari Raya adalah Sunat buat lelaki dan wanita.
  • Solat Jumaat adalah Wajib bagi lelaki yang mukallaf yang bermukim.

2. Perkara: WAKTU

  • Solat Hari Raya berlangsung pada waktu Pagi setiap 1 Syawal dan 10 Zulhijjah.
  • Solat Jumaat diadakan pada waktu Zohor setiap hari Jumaat.

3. Perkara: KHUTBAH

  • Khutbah Solat Hari Raya dibaca selepas solat.
  • Khutbah Solat Jumaat sebelum solat.

4. Perkara: BILANGAN JEMAAH

  • Solat Hari Raya sekurang-kurangnya 2 orang.
  • Solat Jumaat wajib berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang lelaki yang bermastautin.

 

Semoga dengan perkongsian ini adik-adik dapat menyambut Hari Raya AidilAdha dengan lebih bermakna dan dalam masa yang sama, dapat memahami topik ini dengan mendalam lagi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PT3.

Kami berharap para pembaca baik ibubapa, para pengajar dan pelajar-pelajar terutamanya yang akan menduduki peperiksaan PT3 tak lama lagi dapat memperoleh manfaat daripada perkongsian kali ini.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha & Selamat Mengulangkaji Pelajaran kepada adik-adik yang akan menduduki PT3 2017.

 

Jika anda ingin mendapatkan tuisyen di rumah untuk persiapan intensif buat anak anda menjelang peperiksaan PT3, anda boleh menghubungi kami di sini: HUBUNGI KAMI. Kami sedia membantu.

 

Anda juga boleh mendapatkan Modul Latihan Topikal PT3 Pendidikan Islam Lengkap di sini: PT3 Modul Pendidikan Islam Topikal Lengkap.

 

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami

 

One thought on “Menghayati Sambutan Hari Raya Aidiladha Dan Mendalami Topik PT3 Pendidikan Islam: Solat AidilFitri Dan AidilAdha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *