PT3 Pendidikan Islam: Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah (Tingkatan 1)
Sempena menjelang Awal Muharam, kami kongsikan Nota Ringkas Tingkatan 1 (Sirah Dan Tamadun Islam) PT3 Pendidikan Islam: Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah buat adik-adik yang akan menduduki peperiksaan PT3 tak lama lagi.
Pengertian Maal Hijrah
Awal Muharram atau Maal Hijrah menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah. Tahun terjadinya peristiwa Hijrah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah (tahun 622 Masihi).
- Hijrah pada bahasa bermaksud perpindahan atau perubahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.
- Hijrah pada istilah pula ialah perpindahan Rasulullah SAW dan orang-orang Islam dari Mekah ke Madinah untuk meningkatkan syiar Islam.
- Peristiwa hijrah berlaku pada 12 Rabiulawal tahun ke-13 Kerasulan.
Sebab-sebab Berlaku Peristiwa Hijrah
- Perintah Allah SWT supaya Rasulullah SAW berhijrah.
- Ancaman terhadap Islam semakin memuncak.
- Dakwah Rasulullah SAW ditentang hebat oleh Musyrikin Mekah.
- Strategi dakwah Rasulullah SAW.
- Penduduk Madinah memberi jaminan keselamatan (Perjanjian Aqabah Kedua).
Usaha-usaha Musyrikin Mekah Untuk Menyekat Dakwah Rasulullah SAW
- Memujuk Rasulullah SAW mempraktikkan ajaran Islam dan amalan Jahiliyah secara bergilir-gilir antara umat Islam dengan Quraisy.
- Menawarkan kepada Rasulullah SAW pangkat, harta kekayaan dan wanita supaya meninggalkan dakwah Islam.
- Memulau dan mengenakan sekatan ekonomi kepada Rasulullah SAW dan keturunan Nabi selama 3 tahun.
- Melakukan pelbagai penyeksaan terhadap orang Islam.
- Merancang membunuh Rasulullah SAW sebagai pilihan terakhir.
Perjanjian Aqabah Pertama
Sebelum Peristiwa Hijrah, beberapa penduduk Madinah telah datang menemui Rasulullah SAW secara sulit. Pertemuan seramai 12 orang lelaki dan 3 orang wanita itu telah membawa termeterai Perjanjian Aqabah Pertama. Perjanjian Aqabah Pertama dibuat pada tahun 621 Masihi bersamaan tahun kesebelas kerasulan Nabi.
Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama ialah:
- tidak membunuh anak.
- tidak membuat fitnah.
- tidak mencuri.
- tidak berzina.

Perjanjian Aqabah Kedua
Pada tahun berikutnya iaitu tahun 622 Masihi bersamaan tahun ke 13 kerasulan, termeterai Perjanjian Aqabah Kedua yang dibuat di antara Rasulullah SAW dengan 37 orang lelaki dan 2 orang wanita Madinah.
Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama ialah:
- Menerima Rasulullah SAW sebagai pemimpin mereka;
- Berjanji mempertahankan Rasulullah SAW;
- Berjanji untuk berjuang mempertahankan Islam.
Langkah Rasulullah SAW Mengukuhkan Islam di Madinah Selepas Hijrah
- Rasulullah SAW mempersaudarakan golongan Ansar dengan Muhajirin sebagai saudara kandung.
- Maksud Mujahirin: Orang Islam Mekah yang berhijrah bersama-sama Rasulullah SAW ke Madinah.
- Maksud Ansar: Penduduk Islam Madinah yang memberi pertolongan kepada Rasulullah SAW dan orang Islam Mekah.
- Membina Masjid Nabawi sebagai tempat beribadat / tempat perjumpaan dan lambang perpaduan umat Islam.
- Membuat penjanjian dengan penduduk Madinah untuk mengiktiraf Rasulullah SAW sebagai pemimpin Madinah.
- Membuat beberapa perjanjian dengan golongan Yahudi di Madinah.
Kepentingan Persaudaraan Dalam Islam
- Melahirkan perasaan kasih sayang dan silaturrahim dalam kehidupan.
- Mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni.
- Meringankan sesuatu perkara melalui semangat kerjasama dan gotong royong.

Cara-cara mencontohi semangat persaudaraan di antara golongan Ansar dan Muhajirin.
- Mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan.
- Hormat menghormati antara satu dengan yang lain.
- Bekerjasama dan bantu membantu dalam perkara kebaikan.
Iktibar Daripada Peristiwa Hijrah
- Setiap umat Islam hendaklah berkorban untuk memartabatkan Islam
- Dakwah memerlukan strategi yang baik dan berkesan.
- Perpaduan yang kukuh dan mantap hanya dapat dicapai melalui kesatuan akidah.
Semoga dengan perkongsian ini adik-adik dapat menyambut Awal Muharam / Maal Hijrah dengan lebih bermakna dan dalam masa yang sama, dapat memahami topik PT3 Pendidikan Islam: Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dengan mendalam lagi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PT3.
Kami berharap para pembaca baik ibubapa, para pengajar dan pelajar-pelajar terutamanya yang akan menduduki peperiksaan PT3 tak lama lagi dapat memperoleh manfaat daripada perkongsian kali ini.
Selamat Menyambut Maal Hijrah & Selamat Mengulangkaji Pelajaran kepada adik-adik yang akan menduduki PT3 2017.
Jika anda ingin mendapatkan tuisyen di rumah untuk persiapan intensif buat anak anda menjelang peperiksaan PT3, anda boleh menghubungi kami di sini: HUBUNGI KAMI. Kami sedia membantu.
Anda juga boleh mendapatkan Modul Latihan Topikal PT3 Pendidikan Islam Lengkap di sini: PT3 Modul Pendidikan Islam Topikal Lengkap.
‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom
‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami