Semakan Keputusan SPM 2016

Posted on Posted in Peperiksaan

Semakan Keputusan SPM 2016 Secara Online dan SMS

Tajuk besar Semakan Keputusan SPM 2016 dengan tarikh pengumuman 16 Mac 2017 berlatarbelakangkan sekumpulan calon SPM yang menyambut slip SPM mereka

Semakan keputusan SPM bagi para pelajar tingkatan lima (5) yang terlibat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 boleh didapati bermula tarikh 16 Mac 2017.

Berikut adalah maklumat lengkap berhubung dengan semakan peperiksaan SPM tahun 2016 secara manual (melalui sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri), secara online mahupun SMS.

Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan (Result) SPM 2016

Tarikh rasmi dibuka : 16 Mac 2017 (Khamis)

Semakan melalui SMS

Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut.

 

Gambar memaparkan cara-cara semakan keputusan SPM secara SMS dengan menaip SMS <jarak> NoKP <jarak> NoAngkaGiliran dan SMS kepada 15888.
Semakan Keputusan SPM melalui SMS
Taip : SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888
 
Contoh : SPM 990316145778 KC007B065 dan hantar ke 15888

Semakan secara Online

Sila klik sini :  Laman online semakan keputusan Ujian SPM 2016

Semakan keputusan SPM menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan. Sistem semakan online ini akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi pengumuman keputusan (16 Mac 2017).

Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan No Angka Giliran tanpa tanda “selang” dalam ruangan tersedia. Anda boleh dapatkan keterangan lanjut di laman sistem online berkenaan.

Slip Keputusan Penuh SPM 2016

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi (16 Mac 2017). Bagi calon persendirian pula, mereka akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di mana anda mendaftar untuk menduduki SPM dahulu.

 

TutorKami mengucapkan selamat berjaya kepada para calon yang mengambil keputusan peperiksaan SPM 2016 esok. Semoga memperolehi keputusan cemerlang dan teruskan perjuangan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi!

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami

Sumber Asal di mysumber.com dengan tajuk “Tarikh keputusan SPM 2016 diumumkan bulan Mac 2017”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *