Semakan Keputusan UPKK 2016

Posted on Posted in Peperiksaan

Semakan Keputusan UPKK 2016 Secara Online dan SMS

Barisan pelajar sedang menduduki peperiksaan UPKK. Semakan Keputusan UPKK akan dikeluarkan pada 15 Feb 2017.

 

Semakan keputusan UPKK bagi murid-murid tahun lima (5) yang terlibat dengan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2016 yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh didapati bermula tarikh 15 Februari 2017.

Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, pihak JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru bagi tujuan semakan untuk mengetahui dengan lebih cepat dan pantas keputusan UPKK iaitu dengan membuat semakan keputusan UPKK secara atas talian (online).
 
Berikut adalah butiran-butiran berhubung dengan semakan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2016 secara online mahupun SMS.

 

Arahan dan info mengenai semakan keputusan UPKK secara SMS
Semakan Keputusan UPKK secara SMS

 

Tarikh Rasmi Pengumuman Dan Keputusan (Result) UPKK 2016

Tarikh rasmi dibuka : 15 Februari 2017 bermula jam 11 pagi.
Tarikh rasmi ditutup :  21 Februari 2017 pada pukul 11 pagi.

Semakan SMS

Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut.
 
Taip : UPKK (jarak) RESULT (jarak) No MYKID dan hantar ke 15888
 
Taip : UPKK (jarak) RESULT (jarak) No Sijil Lahir dan hantar ke 15888

Semakan Online

Sila klik sini :  Laman online semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2016

Sistem aplikasi semakan keputusan UPKK akan diaktifkan bermula tarikh rasmi pengumuman keputusan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman Sistem Aplikasi semakan tersebut.

Slip Keputusan Penuh UPKK 2016

Bagi murid-murid dan ibu-bapa yang ingin mendapatkan keputusan penuh UPKK 2016, ia boleh diambil di setiap Agensi Pelaksana KAFA Negeri masing-masing tertakluk kepada keputusan peringkat negeri.

Info berkaitan UPKK 2016

Murid yang memohon kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) bagi sesetengah negeri, antara syarat kemasukan adalah memiliki sijil UPKK dan turut difahamkan murid yang mempunyai sijil UPKK akan memiliki kelebihan apabila membuat permohonan kemasukan ke MRSM dalam program berkaitan.

 

Pautan Sumber Asal di mysumber.com dengan tajuk “Tarikh keputusan UPKK KAFA 2016 diumumkan bulan Februari 2017”.

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami

One thought on “Semakan Keputusan UPKK 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *