Senarai Biasiswa Melanjutkan Pelajaran Yang Ditawarkan Sehingga Mac 2017.
Dalam post kali ini, kami kongsikan Senarai Biasiswa Melanjutkan Pelajaran ke Universiti buat lepasan SPM yang baru sahaja menerima keputusan SPM baru-baru ini.
Untuk makluman, tarikh akhir permohonan sebahagian besar biasiswa yang ditawarkan jatuh pada akhir bulan Mac 2017 ini. Oleh itu, kami sarankan kepada anda yang berminat untuk memohon dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan agar bersegeralah membuat permohonan.
Bagi memudahkan para lepasan SPM 2016 mencari dan memohon biasiswa mengikut kesesuaian bidang yang ingin diceburi, berikut kami senaraikan 7 biasiswa melanjutkan pelajaran ke universiti.
1. BIASISWA PETRONAS
Permohonan PETRONAS Education Sponsorship terbuka kepada rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Oil & Gas. Calon yang berkelayakan akan disenaraikan dan ditemuduga sebelum pemilihan akhir.
Kriteria Kelayakan
- Â Rakyat Malaysia berumur 17 – 19 tahun pada tahun 2017
- Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
Bidang/Program yang dibiayai
Technical
– Applied Chemistry
–Â Chemical Engineering
–Â Electric & Electronic Engineering
–Â Geology/Geophysics
–Â Material Engineering/Material Science
–Â Mechanical Engineering
–Â Petroleum Engineering
–Â Petroleum Geoscience
Non-Technical
–Â Accounting/Commerce/Finance
–Â Actuarial Science/Statistics
–Â Computer Science
–Â Economics
–Â Law
–Â Psychology
Cara untuk Memohon dan Maklumat Lanjut
- Layari PETRONAS Education Sponsorship untuk keterangan lanjut.
- Permohonan online akan tutup pada 5.00pm 22 Mac 2017.
2. YAYASAN AL-BUKHARY
Albukhary Scholarship Programme menawarkan peluang kepada individu yang meraih pencapaian cemerlang dan yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran di Albukhary International University.
Kriteria Kelayakan
- Pencapaian akademik yang cemerlang.
- Mesti dari latarbelakang keluarga yang kurang berkemampuan.
Cara untuk Memohon dan Maklumat Lanjut
- Borang permohonan boleh didapatkan di sini : AlBukhary Scholarship Programme permohonan online.
- Tarikh akhir permohonan : 31 Mac 2017
- Anda boleh hubungi:
Scholarship Unit
Albukhary Foundation
30, Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 12-928 1876/+60 10-222 1876
3. YAYASAN SIME DARBY 2017
Yayasan Sime Darby Undergraduate Scholarship Programme mempelawa pelajar yang berkelayakan dan akan melanjutkan pengajian sarjana muda pada September 2017 di universiti-universiti ternama tempatan untuk memohon biasiswa melanjutkan pelajaran.
Kriteria Kelayakan
- Rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke bawah
- Pendapatan bulanan seisi rumah RM10000 ke bawah
- Aktif menyertai aktiviti kokurikulum, sukan dan khidmat kemasyarakatan.
- Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
Senarai Universiti yang diluluskan untuk pembiayaan pendidikan
– Universiti Malaya
– Universiti Sains Malaysia
– Universiti Kebangsaan Malaysia
– Universiti Putra Malaysia
– Universiti Teknologi Malaysia
– Universiti Teknologi Petronas
– Monash University Malaysia
– The University of Nottingham
Bidang/Program yang dibiayai
– Accounting
– Finance
– Economics
– International Business
– Business Administration & Commerce
– Human Resource
– Digital Marketing
– Mechanical Engineering
– Information Technology/Information System
– Actuarial Science
– Mathematics/Statistical Science
– Agricultural Science
– Environmental Science
– Plantation Technology
– Psychology
– Data Science
– Electrical Engineering
– Computer Science
Cara untuk Memohon dan Maklumat Lanjut
- Mohon secara online di sini : Yayasan Sime Darby permohonan online.
- Tarikh akhir permohonan: 31 Mac 2017.
4. YAYASAN KHAZANAH NASIONAL
Khazanah Global Scholarship ialah anugerah berprestij yang menawarkan peluang buat rakyat Malaysia yang meraih pencapaian cemerlang untuk melanjutkan pengajian sarjana muda di universiti terkemuka dunia yang terpilih.
Kriteria Kelayakan
- Daya kepimpinan yang tinggi dan aktif di dalam aktiviti berpersatuan, aktiviti kemasyarakatan dan kokurikulum.
- Minimum 8A dalam SPM atau IGSCSE.
- Mendapat A dalam subjek teras (Bahasa Melayu, English, Sejarah dan Matematik).
- Tidak melebihi umur 18 tahun ketika mendaftarkan diri ke universiti.
- Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di Kolej Yayasan UEM meneruskan pembelajaran A-Level.
Cara untuk Memohon dan Maklumat Lanjut
- Maklumat lanjut boleh didapatkan di sini: Khazanah Global Scholarship.
- Mohon secara online di sini: Biasiswa Khazanah Nasional permohonan online.
- Tarikh akhir permohonan: 30 Mac 2017
5. TAWARAN PENAJAAN JPA MARA 2017
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki SPM 2016 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2017.
Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand dalam bidang Kejuruteraan, Sains Dan Teknologi (S&T), pengajian berteraskan Perdagangan dan Sains Sosial.
Program ini terdiri daripada tiga (3) sub program utama iaitu Program Akademik Jepun, Program Berkembar New Zealand dan Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP).
Kriteria Kelayakan
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
- Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2016.
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
- Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA.
- Untuk Program Akademik Jepun (Kejuruteraan), Akademik Jepun (Sains dan Teknologi) dan MJHEP (Kejuruteraan): minimum gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia) dan minimum Gred B dalam subjek lain.
- Kriteria Kelayakan untuk program-program lain seperti Program Akademik Jepun (Sains Sosial), Program Berkembar New Zealand Perakaunan dan lain-lain boleh didapatkan di sini : Biasiswa JPA MARA 2017.
Cara untuk Memohon dan Maklumat Lanjut
- Penawaran Penajaan bagi Program Khas PKJM tahun 2017 untuk pelajar lepasan SPM 2016 dibuka secara atas talian di pautan www.mara.gov.my mulai 16 Mac 2017 (Khamis) jam 3.00 petang hingga 22 Mac 2017 (Rabu) jam 5.00 petang.
- Mohon secara online di sini: JPA MARA 2017 permohonan online.
6. YAYASAN TELEKOM MALAYSIA 2017
Yayasan TM mempelawa rakyat Malaysia yang berbakat dan berkelayakan untuk memohon biasiswa Yayasan TM 2017.
Kriteria Kelayakan
- SPM (Aliran Sains): Minimum 6A (English, Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik).
- SPM (Bukan Aliran Sains): Minimum 4A (Bahasa Melayu, English, Sejarah, Matematik).
Bidang/Program yang dibiayai
– Kejuruteraan
– Information technology (I.T.)
– Cinematic Arts
– Pengurusan
Cara untuk Memohon dan Maklumat Lanjut
- Maklumat lanjut di sini: Yayasan Telekom Malaysia.
- Tarikh akhir permohonan: 31 Mac 2017.
- Mohon online di sini : Yayasan TM permohonan online.
- Anda juga boleh hubungi:
Email: yayasantm.edu@tm.com.my - Ihsan Said: 03-22401594
Nurul Eleena: 03-22400293
Abdul Salam Musa: 03-22401273
7. YAYASAN TENAGA NASIONAL
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa individu yang layak untuk memohon biasiswa melanjutkan pelajaran ke UNITEN.
Kriteria Kelayakan
- Umur tidak melebihi 19 tahun pada 2017.
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
- Tiada adik-beradik yang menerima biasiswa YTN.
- Lulus SPM dengan minimum gred A dalam English dan Matematik.
- Untuk program Kejuruteraan, minimum A- dalam Bahasa Melayu, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
- Untuk program lain, minimum A- dalam Bahasa Melayu dan 3 pilihan subjek di antara Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Akaun / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Islam/Moral / Arab / Tasawwur Islam / Pendidikan AL-Quran dan Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.
Bidang/Program yang dibiayai
– Kejuruteraan Mekanikal
– Kejuruteraan Awam
– Kejuruteraan Elektrik
– Akaun
– Kewangan
– Sains Komputer
– Pengajian Perniagaan
Cara untuk Memohon dan Maklumat Lanjut
- Maklumat lanjut di sini: Yayasan Tenaga Nasional.
- Mohon secara online di sini: YTN permohonan online.
- Tarikh akhir permohonan: 23 Mac 2017.
- Anda juga boleh hubungi:
– En. Mohd Nasir Ali (samb: 7511)
– En. Khairil Anuar Mohamad (samb : 7531)
– Cik Fatimah Mustafa (samb : 7539)
– En. Mohamad Syahir (samb : 7529)
– Pn. Noor Marhammah Wahab (samb: 7543)
Selain dari senarai di atas, terdapat pelbagai lagi penawaran biasiswa melanjutkan pelajaran lepasan SPM dari pelbagai pihak di seluruh negara. Anda boleh melihat senarai biasiswa-biasiswa lain dengan layari website ini: biasiswa.index.my.
Semoga post ini sedikit sebanyak dapat membantu para lepasan SPM untuk mendapatkan pembiayaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti. Sebarkan juga kepada rakan-rakan yang lain.
Kami di TutorKami mendoakan agar permohonan anda untuk mendapatkan penajaan dalam melanjutkan pelajaran ke Universiti dipermudahkan. Semoga berjaya.