1. Kelas Group Tuisyen

Group Tuisyen adalah kelas yang mana disertai oleh sekumpulan kecil pelajar, kebiasaannya tidak kurang 3 dan tidak lebih 10 pelajar dalam setiap kelas Group Tuisyen tersebut.

 

Guru untuk Group Tuisyen terdiri daripada guru tuisyen persendirian (private tutor), guru yang mengajar di pusat tuisyen, atau pendidik profesional yang berdedikasi.