S: Adakah tutor dari TutorKami ini berkelayakan? Adakah mereka cikgu sekolah? Apakah pengalaman mengajar mereka?
J: Kebanyakan tutor kami adalah cikgu home tuisyen sepenuh masa atau sampingan. Kami juga mempunyai cikgu sekolah namun tidak ramai kerana mereka biasanya sangat sibuk.
Namun, tutor-tutor kami yang bukan guru sekolah adalah berkemahiran dan berpengalaman dalam mengajar. Ini terbukti apabila pelajar didikan mereka telah berjaya menunjukkan peningkatan dalam pelajaran. Setiap tutor ini juga mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah atau Diploma dalam bidang mereka masing-masing.
S: Adakah saya perlu membayar khidmat TutorKami untuk membantu mendapatkan tutor untuk anak saya?
J: Terdapat yuran pendaftaran RM50 untuk setiap pelajar.
S: Jika saya tidak berpuashati terhadap khidmat cikgu yang diberikan oleh pihak TutorKami, adakah saya akan diberikan gantirugi?
J: Sila lihat ‘Jaminan TutorKami’ di laman utama. Jika Tuan/Puan tidak berpuashati dengan tutor itu semasa sesi pertama lagi, Tuan/Puan tidak perlu membayar sesi itu dan kami akan dapatkan cikgu lain. Jika Tuan/Puan bersambung ke sesi kedua dan seterusnya, maka sesi pertama tadi akan dikira dalam bayaran bulanan.
S: Saya dah lihat profail seorang tutor dan saya mahukkan dia sebagai cikgu tuisyen anak saya. Bagaimana untuk saya menghubungi dia?
J: Kami akan hubungi tutor tersebut , dan jika dia boleh ajar anak Tuan/Puan, kami akan berikan nombor telefon dia untuk dihubungi.
S: Jika saya mempunyai pelajar lain yang ingin menyertai kelas, adakah kadar bayaran bertambah atau sama sahaja?
J: Kadar bayaran akan bertambah, namun bayaran untuk setiap pelajar akan menjadi berkurang. Sila hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
S: Berapa lama diperlukan untuk mendapatkan cikgu tuisyen? Saya mahukan anak saya memulakan kelas tuisyen di rumah secepat mungkin.
J: Ianya akan bergantung kepada masa dan hari yang Tuan/Puan mahu untuk kelas itu, dan lokasi rumah. Jika masa dan hari adalah fleksibel (contoh: boleh kelas malam atau petang mana-mana hari) dan lokasi rumah yang mudah untuk dipergi, maka lebih cepat untuk kami dapatkan cikgu tuisyen untuk anak Tuan/Puan.
S: Bagaimanakah saya membuat bayaran? Adakah saya perlu membayar kepada pihak TutorKami atau kepada tutor?
J: Semua bayaran adalah terus kepada pihak TutorKami. Bayaran sebulan perlu dibuat pada minggu pertama setiap bulan selepas kesemua kelas dalam minggu tersebut telah habis. Jika bayaran masih belum diterima, kelas untuk minggu seterusnya akan ditangguhkan. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.
S: Saya merupakan pemilik pusat tuisyen. Bolehkah anda bantu dapatkan guru tuisyen untuk mengajar di pusat tuisyen saya?
J: Kami juga boleh bantu Tuan/Puan. Sila hubungi kami untuk berikan maklumat lanjut. Namun rate bayaran adalah seperti yang ditetapkan oleh pihak kami.