5 langkah bagaimana anda boleh mengubah kegagalan SPM 2016 kepada kejayaan dalam SPM Ulangan (SPMU) 2017.

Anda Gagal SPM? Kertas SPM Ulangan Adalah Peluang Anda Menebus Kegagalan Ini.

SPM Ulangan: Gambar pelajar lelaki yang runsing dengan tajuk Gagal SPM. Apa yang perlu saya buat sekarang?

Peperiksaan SPM memberikan impak yang besar kepada masa depan seseorang pelajar. Selain boleh menentukan halatuju pelajar dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, sijil SPM juga menjadi syarat wajib (minimum) dalam memohon sebahagian besar pekerjaan di Malaysia. Di atas sebab itu, KPM menyediakan kertas SPM Ulangan sebagai peluang kedua buat calon yang gagal SPM buat kali pertama.

Mengikut Lembaga Peperiksaan Negara, anda dikira lulus SPM jika mendapat sekurang-kurangnya gred E (tahap minimum) dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Dan menurut statistik SPM 2016, terdapat 93,873 calon telah gagal SPM pada tahun lepas.

SPM Ulangan: Infografik Keputusan SPM 2016 yang menunjukkan 78.4% lulus SPM, 21.6% gagal SPM dan 1.99% straight A's

Kepada anda yang telah gagal SPM tahun lepas, tak usah berputus asa. Kertas SPM Ulangan 2017 merupakan peluang untuk menebus semula kegagalan tersebut. Ini peluang anda untuk belajar dari kesilapan. Ini peluang untuk anda teruskan perjuangan ilmu dan meneruskan cita-cita anda. Ingatlah, tiada istilah tewas dalam menimba ilmu.

Di sini, kami kongsikan 5 langkah yang anda boleh jadikan panduan bukan sahaja semata-mata untuk lulus dalam mengulang semula peperiksaan SPM malah kami percaya anda boleh score gred yang cemerlang dalam kertas SPM Ulangan kali ini!

 

1. PENDAFTARAN SEBAGAI CALON SPM(U) 2017

Kenyataan Media Pendaftaran Calon Persendirian PT3, SPM, STAM dan SPM Ulangan 2017
Kenyataan KPM mengenai Tarikh Buka dan Tutup Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2017

Langkah yang pertama ialah mendaftarkan diri sebagai calon persendirian peperiksaan SPM Ulangan 2017 (SPMU). Beberapa info yang anda perlu ambil tahu sebelum mendaftar:-

  • Tarikh akhir pendaftaran: 31 Mac 2017.
  • Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
  • SPM Ulangan diadakan 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan sesi kedua pada November setiap tahun.
  • Untuk kertas bulan Jun, peperiksaan SPM(U) hanya melibatkan 3 kertas subjek sahaja iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah.
  • Peperiksaan SPM(U) kertas Jun dijadualkan berlangsung pada 6 Jun 2017 sehingga 8 Jun 2017.

 

  • Untuk November, calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan yang sama, pada tarikh yang sama dengan calon SPM tahun itu.
  • Oleh itu, pada bulan November, peperiksaan melibatkan kesemua subjek SPM dan calon SPMU berpeluang untuk memilih di antara semua kertas peperiksaan yang ditawarkan.

Cara mendaftar adalah seperti berikut:

  • Pemohon boleh mendapatkan borang pendaftaran di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Negeri yang berhampiran pada waktu pejabat.
  • Calon dikenakan bayaran RM32.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan/ Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  • Selain borang pendaftaran calon SPMU dan bayaran, dokumen yang perlu dibawa ialah salinan sijil SPM (bagi calon yang mengulang), salinan kad pengenalan / passport (jika bukan warganegara), salinan kad OKU / surat akuan doktor (jika berkaitan), satu sampul surat pos ekspres dan 4 keping sampul surat bersetem. Di sini anda boleh muat turun senarai semak dokumen yang perlu dibawa untuk pendaftaran : Senarai Semak Dokumen SPMU.
  • Senarai lokasi Jabatan Pendidikan Negeri boleh dilihat di sini: Lokasi Jabatan Pendidikan Negeri.
  • Anda juga boleh menggunakan capaian aplikasi pendaftaran peperiksaan SPM Ulangan (SPMU). Klik sini: SPMU Pendaftaran Online.
  • Sekali lagi diingatkan, tarikh akhir pendaftaran sebagai calon persendirian SPM Ulangan (SPMU) adalah pada 31 MAC 2017. Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Nota: Jika anda gagal satu matapelajaran sahaja, anda hanya perlu mengulangi mata pelajaran itu SAHAJA. Contohnya jika anda lulus SPM subjek Bahasa Melayu tetapi gagal Sejarah, anda hanya perlu mengulangi kertas Sejarah sahaja, bukannya mengulangi semua kertas SPMU.

 

2. JADUAL WAKTU SPM ULANGAN 2017

Setelah mendaftarkan diri, kami kongsikan jadual waktu SPM(U) 2017. Muat turun jadual di sini: Jadual Waktu Lengkap SPMU 2017. Print out dan tampal jadual waktu ini di depan meja belajar sebagai peringatan. Sematkan dalam hati tarikh peperiksaan sebagai matlamat hidup anda buat masa 2-3 bulan ini.

Jadual Waktu SPM Ulangan 2017 yang berdurasi 3 hari bermula Selasa 6 Jun 2017 sehingga Khamis 8 Jun 2017.
Jadual Waktu SPM Ulangan 2017

3. ARAHAN PENTING UNTUK CALON SPM ULANGAN 2017

Berikut kami kongsikan beberapa nota dan arahan penting untuk calon SPMU 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

Calon yang tidak dapat menduduki sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2017.

Kelihatan seorang pengawas mengawasi 3 calon persendirian SPM Ulangan.

Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.

Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM (Ulangan) 2017 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut, anda boleh menghubungi Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260.

 

4. BELAJAR SECARA INTENSIF!

Sepatutnya kini anda sudah sedari yang anda hanya mempunyai kurang 3 bulan untuk mengulangkaji pelajaran! Oleh kerana anda merupakan calon persendirian dan sudah tamat persekolahan tingkatan 5, kami cadangkan supaya anda mengambil kelas tuisyen sebagai cara terbaik untuk mengulangkaji pelajaran secara intensif selama beberapa minggu ini.

Seorang cikgu tuisyen mengajar calon SPM Ulangan di rumah.

Tutorkami boleh membantu anda dengan menyediakan guru tuisyen datang ke rumah anda. Di antara kelebihan tuisyen di rumah termasuklah tutor anda boleh memberikan perhatian khusus kepada anda dan anda tidak perlu meninggalkan keselesaan rumah anda semata-mata untuk belajar.

Tutor yang berpengalaman boleh mengenalpasti kekuatan anda dan kelemahan mana yang perlu diperbaiki. Sesi pembelajaran akan disesuaikan mengikut tahap dan keperluan anda.

Penekanan dan latihan yang lebih intensif akan diberikan kepada topik-topik yang anda lemah. Ini membantu meningkatkan prestasi pembelajaran anda dan meninggikan keyakinan diri anda.

Anda boleh hubungi/Whatsapp TutorKami di 012-2309743 / 019-6412395 dan biar kami bantu anda mencari tutor SPMU dengan segera. Hubungi sekarang! Anda mempunyai kurang 3 bulan 2 bulan sahaja lagi! Layari laman utama TutorKami untuk maklumat lanjut. Klik sini: TutorKami.

 

5. PERSEDIAAN MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

Persediaan SPM Ulangan: Alat tulis termasuk pen, pensil, kalkulator dan lain-lain.Sehari sebelum peperiksaan, periksa perkakasan alat tulis dan dokumen-dokumen yang diperlukan esoknya. Semak nota subjek dan cuba jawab contoh kertas peperiksaan tahun-tahun lepas. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup.

Untuk makluman, anda akan menduduki peperiksaan SPMU di Pejabat Pendidikan Negeri di mana anda telah mendaftarkan diri tempoh hari.

Dengan 5 langkah di atas, kami percaya yang anda akan menghadapi peperiksaan SPMU ini dengan lebih bersedia dan konfiden. Kami juga yakin yang anda boleh meraih keputusan SPM yang lebih memberangsangkan daripada keputusan SPM 2016 anda.

Di kesempatan ini, kami warga kerja dari TutorKami ingin mengucapkan Jangan Mengalah dan Selamat Berjuang! Selamat Menduduki Peperiksaan SPMU 2017 dan Semoga Berjaya!

 

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

 

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami

 

Sumber: Unit Peperiksaan Awam, UPSR/SPM/SPM Ulangan, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

 

74 thoughts on “5 langkah bagaimana anda boleh mengubah kegagalan SPM 2016 kepada kejayaan dalam SPM Ulangan (SPMU) 2017.

    1. Hello Irene. Maaf. Saya rasa peperiksaan SPMU ini sudah lama dijalankan dan keputusannya akan keluar Ogos ini. Mungkin Irene boleh cuba berdaftar untuk tahun hadapan.

      Tetapi untuk maklumat yang lebih tepat, Irene boleh cuba hubungi MOE di sini: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260

    1. Bagi sebarang permohonan dan apa jua keperluan, sila lampirkan kedua-dua keputusan SPM asal dan keputusan SPMU untuk dinilai pihak berkenaan.

      Untuk maklumat yang lebih tepat, Nur Fatihah boleh cuba hubungi MOE di sini: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260

  1. Maafkan saya…saya nak tanya masih sempat ke kalau saya nak mengulangi Spm untuk Bahasa melayu saya ke sekarang? Tolong replay saya punya komen please?

      1. Untuk menduduki kertas SPMU, seorang calon akan dipanggil ke lokasi Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh Malaysia. Klik sini untuk mengetahui lokasi yang terdekat: http://www.moe.gov.my/index.php/my/hubungi-kami/jabatan-pendidikan-negeri.

        zaeyscha juga boleh cuba hubungi MOE di sini: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260 untuk mengetahui maklumat yang lebih detail tentang pendaftaran, tarikh dan syarat-syarat terkini. Semoga Berjaya.

    1. Saya rasa umur 20 tahun tiada masalah untuk mengambil SPM Ulangan. Kalau mengikut kebiasaan, selalunya kertas SPMU akan berlangsung di pertengahan tahun.

      Kalau ingin mengambil lebih daripada 3 kertas ini (BM, Sejarah & Matematik), anda boleh berdaftar sebagai calon persendirian untuk kertas SPM pada bulan November.

      Untuk maklumat yang lebih tepat, zaeyscha boleh cuba hubungi MOE di sini: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260

  2. Saya Umr 28 tahun, keputusan spm tahun 2006 hanya lulus bm(E) sains(E). Sy melanjut kan pelajaran dlm bidang kemahiran, sy hndak pergi Lebih jauh lagi, boleh ke sy bt ulangan untuk SPM.

    1. Tahniah kerana ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kami doakan anda berjaya meraih kecemerlangan.

      Untuk kes seperti ini, adalah lebih baik jika Izwan berhubungan terus dengan pihak Kementerian Pendidikan bagi memastikan maklumat yang sahih & saluran bantuan yang betul. Anda boleh hubungi: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260

    1. Untuk SPM Ulangan bulan Jun hanya 3 kertas sahaja yang dijalankan iaitu Sejarah, Bahasa Melayu & Matematik. Walaubagaimanapun, Nur masih boleh menduduki kertas lain seperti Biologi, Fizik & Kimia di peperiksaan SPM sebenar yang selalu dijalankan di November setiap tahun.

      Anda boleh berdaftar sebagai calon persendirian 2018 dan mengambil home tuisyen sebagai persediaan. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran calon SPM, anda boleh hubungi terus Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260. Untuk home tuisyen, Nur boleh hubungi kami: https://www.tutorkami.com/borang-permintaan-cikgu-tuisyen-tutor

      Selamat Maju Jaya dan semoga dipermudahkan.

  3. Assalam n slm sejahtera admin. Saya gagal sejarah (G) dan lulus bm (C) dlm spm 2015. Kmudian sy lulus sej spmu 2017 (E). Soalan saya layak kah saya dapat sijil? Dan di mana saya harus mengambilnya? JPN? Harap di balas dengan cepat tq

    1. Wa’alaikumsalam. Tahniah kerana lulus SPM! Kalau mengikut norma, Fiq selayaknya mendapatkan sijil (lulus BM & Sejarah). Untuk lokasi pengambilan, maaf saya tidak pasti. Tetapi anda boleh hubungi MOE di sini: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260 untuk maklumat lanjut. Semoga ini membantu.

  4. nak tanya, bagi yg mhu mngulang spm..adakah tempat mereka untuk menduduki spm di ruang khas(private room) atau bersama calon spm yang lain?

    1. Untuk makluman, calon SPMU menduduki peperiksaan SPMU di Pejabat Pendidikan Negeri di mana mereka telah mendaftarkan diri. Jadi, mereka akan bersama calon SPMU lain (jika ada) di Pejabat Pendidikan Negeri. Calon SPM biasa pula akan menduduki peperiksaan itu di sekolah.

      Semoga ini menjawab persoalan anda.

    1. Hi Shafikah. Saya difahamkan yang calon SPMU akan menduduki peperiksaan SPMU di Pejabat Pendidikan Negeri di mana mereka telah mendaftarkan diri, bukannya di sekolah.

  5. Assalamualaikum, Saya nak tanya, Saya telah graduated dari sijil kemahiran hingga ke diploma engineering dan mempunyai MUET. saya berhasrat ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat degree PJJ tetapi saya mempunyai keputusan SPM G bagi subjek english. Perlukah saya mengulang bagi subjek english ataupun hanya menggunakan MUET yang saya ada untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti?

    1. Maaf saya kurang pasti kerana kelayakan melanjutkan pelajaran ijazah berbeza bagi setiap jurusan & setiap universiti.

      Cuba Addy lihat kelayakan minimum yang diperlukan oleh universiti yang ingin dipohon untuk lanjutkan pelajaran. Sama ada mereka memerlukan keputusan SPM terutamanya English ataupun Diploma / Sijil / MUET sudah memadai.

  6. Boleh saya Tanya kalau saya daftar spmu ini mempunyai 2 cara pengisi borang atau boleh daftar melalui online ?,kerana saya bukan warganegara tetapi pernah menduduki spm pada tahun 2016 ,Dan saya tidak tinggal di Malaysia pada masa INI, jika boleh mendaftar melalui bagaimana caranya ?

    1. Untuk makluman Habias, pendaftaran SPMU boleh dibuat secara online. Anda perlu memuat turun borang pendaftaran SPMU dan mengisinya. Kemudian pergi ke laman pendaftaran SPMU untuk mendaftar secara online.
      Saya tidak sertakan link kerana pendaftaran SPMU 2018 masih belum dibuka.

      Habias boleh menyemak website KPM di http://www.moe.gov.my untuk mengetahui tarikh pendaftaran SPMU dibuka atau hubungi terus Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260 atau emel jpn.wp@moe.gov.my. Semoga ini membantu.

  7. Bagaimana jika ingin mengambil untuk subjek english sahaja. Saya perlu score credit. Keputusan BI saya lulus.

    1. Jika Nafiz ingin mengulang kertas Bahasa Inggeris sahaja, Nafiz boleh berdaftar sebagai calon persendirian untuk menduduki kertas Bahasa Inggeris sahaja pada SPM bulan November 2018.

      Untuk maklumat yang lebih tepat, anda boleh hubungi MOE di sini: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260. Semoga ini membantu.

  8. Bolehkah sy ambil spmu dua kali? Maksudnya sy nk ambil subjek math dan bm pd bln jun, dan tasawwur islam pd bln november. Bolehkah?

    1. Hello Shaf. Saya rasa tiada masalah untuk mengambil Math & BM pada kertas Jun dan Tasawwur pada bulan November.

      Boleh cuba untuk hubungi Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260 untuk maklumat yang lebih tepat.
      Semoga ini membantu.

  9. saya telah lulus dan mempunyai sijil spm tetapi 4 subjek jurusan sains mendapat D dan tidak melayakkan saya untuk mengambil diploma yang dikehendaki berkaitan dengan sains. bolehkah jika saya hanya mengulang 4 subjek jurusan sains tersebut pada sesi November?

    1. Maaf saya tidak pasti kerana ada kemungkinan berlainan subjek mempunyai syarat & kelayakan tersendiri.
      Saya cadangkan Phyia terus hubungi Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260 untuk maklumat yang lebih tepat.

    1. Untuk peperiksaan SPM November lepas, dijangka keputusan akan dikeluarkan secara rasmi pada Mac 2018. Anda boleh semak secara online, SMS atau ambil sendiri di Jabatan Pendidikan Negeri / sekolah.

  10. Sebelum ini saya mengambil spm untuk bidang ekonomi dan akaun. Tetapi saya amat berminat untuk ambil subjek viterinary dekat universiti. Bagaimana cara untuk saya mengambil subjek Math tambahan dan subjek sains seperti fizik ,kimia dan Biologi.

    1. Hi Zack. Anda boleh berdaftar sebagai calon persendirian untuk kertas-kertas SPM tersebut yang akan dijalankan pada November 2018. Pendaftaran sebagai calon persendirian SPM dijangka akan dibuka pada 1 Mac ini (Bulan 3 2018). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan hubungi: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260. Semoga Zack dipermudahkan.

  11. Saya berumur 26 tahun, saya tidak pernah mengambil spm.. jika saya ingin mengambil spm disekolah atau di ruang khas..saya nak ambil spm tapi malu disekolah

  12. Hi. Saya calon spm tahun 2014.
    a) Saya ingin mengulang subjek maths kerana maths saya hanya lulus dan saya ingin dapatkan credit. Bolehkah saya mengulang subjek math pada november dan bukan pada bulan jun?
    b) Saya mengambil subjek Chemistry dan Biology pada spm yg lepas tetapi saya hanya lulus. Adakah saya boleh mengulang subjek Science sahaja mengantikan Chemis dan Bio kerana saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.
    Mohon jawab. Terima kasih?

    1. Hello Vita.
      a) Anda boleh memilih untuk mengulang subjek Matematik pada November.

      b) Jika kolej/universiti anda memerlukan subjek Sains sebagai kriteria kelayakan jurusan pilihan anda, saya rasa tiada masalah untuk anda menduduki kertas Sains.

      Tapi untuk mendapatkan maklumat lebih tepat, lebih baik Vita hubungi Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260. Semoga Vita dipermudahkan.

  13. Saya nk tnya, bg subjek seperti subjek bAhasa inggeri dan sains perlu diambil di sekolah atau di tempat yg ditetapkan jpn?

    1. Hi Adib. Saya difahamkan calon akan menduduki peperiksaan di Pejabat Pendidikan Negeri di mana mereka telah mendaftarkan diri, bukannya di sekolah.

      Tapi Adib boleh mendapatkan maklumat yang lebih tepat dengan menghubungi Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260. Semoga ini membantu.

  14. Hai, boleh saya bertanya tentang SPM ulangan. Saya mengambil SPM pada 2013, dan saya mengambil SPM ulangan untuk subjek Mathematics pada tahun 2014 dengan mendapat result E (lulus) untuk subjek tersebut. adakah saya layak untuk mendapatkan sijil SPM untuk SPM ulangan tersebut? Atau hanya tertakluk untuk selective subjek sahaja sepert Bahasa Melayu/ Sejarah. Mohon pencerahan. Terima kasih

    1. Hai Nad, kelulusan minimum untuk melayakkan anda mendapatkan sijil SPM ialah lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.

  15. hai, sy ingin bertanya untuk spm ulangan. kalau sy mengambil spm ulangan untuk subjek matematik, adakah dan hanya lulus (E) sahaja. adakah sy layak mendapat sijil. sebab sy hanya mengambil paper matematik sahaja. adakah subjek selektif sahaja seperti BM / Sejarah yang layak mendapat sijil spm untuk spm ulangan.

    1. Hello Nad.
      1. Tiada masalah jika anda memilih untuk mengulang kertas Matematik SAHAJA.

      2. Tetapi untuk melayakkan anda mendapat sijil SPM dengan mengambil kertas Matematik sahaja tu saya kurang pasti.

      Boleh cuba hubungi: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260 untuk maklumat lanjut. Semoga ini membantu.

  16. Assalamualaikum Admin. Saya Ingin Bertanya. Sebelum Ini Saya Pernah Mendaftar SPMU Untuk Matematik Tetapi Saya Tidak Menghadirkan Diri. Adakah Saya Masih Boleh Menduduki Peperiksaan Ulangan Tersebut Untuk Masa Yang Akan Datang. Terima Kasih

    1. Wa’alaikumsalam. Saya tak pasti tapi Hakim boleh cuba hubungi Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260 untuk maklumat yang lebih tepat. Semoga ini membantu.

  17. Salam,saya berumur 20 tahun dan saya pernah mengambil SPM pada tahun 2015.Saya mendapat B bagi subjek english.Adakah Saya boleh mengulang subjek tersebut sahaja pada tahun ini iaitu tahun2018 dan bolehkah saya tahu bila tarikh mengulang SPM pada tahun 2018.

    1. Wa’alaikumsalam Syamiera. Anda boleh mengulang semula subjek tersebut pada kertas SPM bulan November 2018. Jangan lupa untuk berdaftar sebagai sebagai calon SPM persendirian pada bulan Mac ini ya.

      Tapi untuk mendapatkan maklumat lebih terkini, lebih baik anda hubungi Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260. Semoga dipermudahkan.

  18. Hai admin. Sy nk tny mngenai spmu. Sy brumur 28thn.sy ambil spm msa thn 2007.sy excdnt pd spm 2007 dan ggal 5 sbjek disebabkn tidak dpt fokus exam di hsptal dgn keadaan tgh sakit.keran kecewa sy tidak mengmbil slip asal spm. Jd bleh ke klw sy nk amek spmu thn ini? Smngt utk smbung blaja msh ada

    1. Salam Hamba Allah. Syabas kerana masih bersemangat untuk sambung belajar lagi. Jika anda nak mengambil seluruh subjek SPM semula, anda perlu duduki SPM di bulan November 2018 kerana paper SPMU (Jun 2018) hanya menawarkan 3 kertas sahaja iaitu BM, Matematik & Sejarah.

      Untuk kes seperti ini, adalah lebih baik jika anda berhubungan terus dengan pihak Kementerian Pendidikan bagi memastikan maklumat yang sahih & saluran bantuan yang betul. Anda boleh hubungi: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260.

  19. salam, saya nak tanya, saya bercadang untuk mengulang matematik pada bulan november tetapi saya berasa keliru, saya telah rujuk borang pendaftaran secara online dan spm ulangan hanya dinyatakan berlangsung pada bulan jun, bukan november, hanya spm persendirian sahaja dinyatakan berlangsung pada bulan november. Adakah ulangan sesi november dikira spm persendirian? dan bolehkah saya mengambil matematik sahaja untuk spm persendirian?

    1. Salam Abu Nafis. Untuk makluman kertas SPM Ulangan berlangsung pada Jun manakala kertas SPM (sebenar) berlangsung pada November. Kertas SPM pada Jun hanya menawarkan 3 kertas iaitu: BM, Matematik, Sejarah. Jika seseorang calon ingin mengulang kertas selain 3 ini, mereka boleh berdaftar sebagai calon persendirian dan mengulang pada November.

      Saya rasa tiada masalah jika Abu Nafis ingin mengulang kertas Matematik pada peperiksaan November tapi anda perlulah berdaftar sebagai calon persendirian. Untuk maklumat yang lebih tepat, boleh cuba hubungi MOE di sini: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260

        1. Maaf saya kurang pasti. Boleh cuba hubungi MOE di sini: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260 untuk maklumat lebih tepat.

  20. salam saya calon spm tahun lepas tpi saya tidak menghadiri peperiksaan tahun lepas jadi boleh ke saya nak ambil spmu tahun ni?

    1. Hi Nora, ya anda boleh mengulang SPM pada tahun ini.

      Untuk maklumat yang lebih tepat, boleh cuba hubungi MOE di sini: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260

  21. Salam..kalau nak buat spmu untuk subjek english adakah termasuk sekali ujian lisan untuk english? Atau ujian lisan dikecualikan untuk spmu?? Sebab ujian lisan english ok cuma spm english cuma lulus jer..

    1. Hello Fieza. Pada pengetahuan saya, saya rasa calon boleh mengulangi kertas peperiksaan sahaja tanpa perlu melalui Ujian Lisan kerana kedua-dua ujian ini mempunyai gred jadi keduanya dikira sebagai ujian yang berasingan.

      Anda boleh cuba hubungi MOE di sini: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260 untuk maklumat lebih tepat.

    1. Hi Dyn. Bagi calon persendirian SPM, mereka akan dimaklumkan melalui pos. Secara alternatif, calon juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri di mana calon mendaftarkan diri.

      Harap ini membantu.

  22. Anak saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Dentistry. Mengikut syarat kelayakan kebanyakan IPTA; Physics, Chem & Bio + Math perlukan sekurang-kurangnya gred B. Keputusan peperiksaannya ada kurang sedikit dari syarat minima (C). Bolehkah dia re-sit untuk paper berkenaan?

    1. Salam Pn Sue. Ya, anak Pn Sue boleh mengulang kertas peperiksaan itu pada bulan November 2018 ini. Walaubagaimanapun, Pn Sue perlu mendaftarkan anak sebagai calon persendirian mulai sekarang kerana tarikh tutup jatuh pada hujung bulan ini (31 Mac 2018).

      Harap ini membantu & semoga dipermudahkan.

      1. sy brumur 20thn. sy pelajar spm thun 2015 sy nak tanya adakah sy boleh ambil ulangan sejarah,matematik dan perdagangan pada bulan november? sedangkan spm sy selain dari subjek trsebut kredit.

        1. Hi Bibiy. Ya, boleh pilih untuk ambil ketiga-tiga kertas berkenaan pada bulan November.

          Anda boleh cuba hubungi MOE di sini: Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260 untuk maklumat lebih tepat.

  23. Hye admin.. sye nak tanya, saya dah dapat sijil spm. tapi subject English saya setakat lulus dan tak melayakkan untuk masuk ke universiti. jadi, macam mana cara untuk saya ulang paper english? dan adakah dikenakan bayaran? Tolong saya..

    1. Hi Aisyah. Anda boleh mengulang kertas SPM English pada November 2018 ini dengan mendaftarkan diri terlebih dahulu sebagai calon persendirian seperti yang diterangkan dalam artikel di atas. Selesai berdaftar, anda boleh mengambil home tuisyen untuk mengulangkaji subjek English sementara menunggu bulan November.

      Semoga dipermudahkan & semoga berjaya!

  24. Nk tnye.. kalau kita dh hntar borang mengulang spm tu.. pastu kita dh msuk stpm pulak.. boleh ke klau kita nk batalkan balik permohanan nk mengulang tu.. mohon dijawab dgn segera yee

    1. Saya rasa boleh dibatalkan tapi ada syarat & tempohnya. Boleh hubungi MOE Unit Peperiksaan Awam UPSR/ SPM/ SPM Ulangan 03-6203-6260 untuk maklumat lanjut.

    1. Maaf yang ini saya tak pasti. Mungkin boleh rujuk dengan rakan yang pernah mengambil kedua peperiksaan ini atau di buku rujukan – past years papers.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *