Teknik Membina Ayat Bahasa Inggeris untuk Kertas 2 UPSR

Teknik Membina Ayat Bahasa Inggeris untuk Kertas 2 UPSR

Modul Teknik Membina Ayat Bahasa Inggeris untuk Kertas 2 UPSR
Panduan Pra Penulisan Bahasa Inggeris UPSR

Kertas Penulisan Bahasa Inggeris merupakan di antara ‘killer’ dalam pencapaian sekolah dan murid. Ini disebabkan kebanyakan murid masih belum menguasai teknik membina ayat Bahasa Inggeris dengan betul.

Untuk menangani masalah ini, Cikgu Cynthia James dari SK Kunak 2 telah menyediakan Panduan Pra-Penulisan Bahasa Inggeris UPSR. Modul ini mengandungi teknik dan formula membina ayat bahasa inggeris untuk pelajar sekolah rendah khasnya murid tahun 4, 5 dan 6.

Pre-Writing Formula S-V-W dalam Modul Teknik Membina Ayat Bahasa Inggeris untuk Kertas 2 UPSR
Cara membina ayat dengan betul menggunakan Pre-Writing Formula S-V-W

Terdapat hampir 100 muka surat di dalam Nota & Latihan Pra-Penulisan kertas Bahasa Inggeris ini dan diaturkan daripada perkara asas sehingga kepada asas menulis.

Modul ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama menekankan pembinaan ayat (pre-writing sentence construction) berasaskan Grammar & Vocabulary.

Turut diberi penekanan di dalam bahagian ini adalah kaedah Pre-Writing Formula TiTa dan Pre-Writing Formula S-V-W.

Penggunaan Adjektif yang betul dalam Modul Teknik Membina Ayat Bahasa Inggeris untuk Kertas 2 UPSR
Penggunaan Adjektif yang betul dalam membina ayat

Bahagian kedua fokus kepada kemahiran menyambung ayat (compound sentences) menggunakan ‘conjunctions’ sebelum ‘memeriahkan’ penulisan dengan ‘adverbs’ dan ‘adjectives’.

Bahagian ketiga menguatkan pengetahuan ‘vocabulary & grammar’ dengan lebih kukuh.

Anda boleh muat turun / download modul di sini : Nota & Latihan Pra-Penulisan Bahasa Inggeris UPSR

Artikel asal di atas ditulis oleh rumomoklu di www.cocomy.net/post/306081 berjudul ‘Panduan Pra Penulisan Bahasa Inggeris UPSR’.

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami

One thought on “Teknik Membina Ayat Bahasa Inggeris untuk Kertas 2 UPSR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *