Menerangkan Teorem Pythagoras Dengan Cara Yang Inovatif

PT3: Teorem Pythagoras

Gif cover image proving teorem pythagoras in an innovative way

Teorem Pythagoras ialah teori pengiraan matematik (geometri) yang mengaitkan ketiga-tiga sisi dalam segi tiga bersudut tepat. Teori ini terkandung dalam silibus pelajaran tingkatan satu dan merupakan di antara teori matematik asas yang penting dalam peperiksaan PT3.

Menurut teorem ini, kuasa dua bagi hipotenus (garisan sendeng) segi tiga bersudut tepat adalah sama dengan hasil tambah kuasa dua bagi dua sisi lain.

 

Gif image proving teorem pythagoras in an innovative way

Katakan garisan sendeng ialah c dan kedua sisi lain ialah a dan b. Dari animasi di atas, kita memerhatikan keluasan kawasan segi empat sama garisan sendeng (c) adalah sama dengan keluasan segi empat sama kedua-dua sisi segi tiga yang lainnya (a + b).

Sisi segi tiga tepat digunakan untuk membina segi empat sama dalam teorem pythagoras

Formula mencari luas segi empat sama ialah panjang darab lebar. Katakan kita sedang mencari luas segi empat sisi a. Oleh sebab segi empat a adalah segi empat sama, formula luas segi empat a ialah a x a atau a². Ini juga terpakai untuk luas b (b²) dan luas c (c²).

Seterusnya, menurut animasi GIF di atas, luas a + luas b = luas c. Bertepatan dengan teori Teorem Pythagoras, persamaan berikut boleh dibuat berdasarkan pemerhatian ini: a² + b² = c².

 

Formula teorem pythagoras a² + b² = c²

 

Dan seterusnya, c dapat dirumuskan sebagai: c = √(a² + b²)

 

Formula teorem pythagoras c = √(a² + b²)

 

Kami berharap para pembaca baik ibubapa, pengajar dan para pelajar terutamanya murid-murid yang akan menduduki peperiksaan PT3 tidak lama lagi dapat memperoleh manfaat daripada perkongsian kali ini.

 

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami

Klik sini dan hubungi kami jika anda ingin kami membantu anda membuat persediaan intensif menghadapi PT3 dengan sesi pengajaran individu, diberi perhatian penuh dan mengikut keperluan anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *