Kelebihan Group Tuition
1. Potensi pendapatan lebih tinggi
Anda yang tentukan yuran bulanan setiap pelajar untuk GT anda.
Walaupun untuk GT, bayaran sejam seorang pelajar lebih rendah dari private tuition, namun bila ada ramai pelajar, kadar pendapatan sejam anda akan menjadi lebih tinggi. Anda masih mengajar slot masa & subjek yang sama tetapi bayaran diterima boleh jadi lebih tinggi dari mengajar private tuisyen. Bagus bukan?
2. Pilihan di tangan anda
Anda yang tentukan jumlah pelajar minima untuk kelas bermula. Anda juga yang tentukan lokasi Group Tuition ini. Jika lokasi GT di tempat anda sendiri, anda dapat jimat masa, tenaga & wang (tak perlu travel ke rumah pelajar).
Jadual kelas juga anda yang tentukan mengikut hari & masa yang anda mahu.
3. Pelajar tidak boleh postpone kelas sesuka hati!
Ini yang selalu diidamkan oleh setiap tutor, bukan? Biasa tak berlaku dengan private tuisyen, pelajar atau ibubapa postpone kelas untuk slot masa yang anda dah peruntukkan untuk mereka? Leceh bukan terpaksa cari slot lain untuk ganti kelas? Dahla slot masa yang mereka postpone sebelum itu terbuang begitu sahaja. Masa anda amat berharga bukan?
Dengan Group Tuition, ini tidak lagi akan berlaku! Kelas hanya boleh ditangguhkan jika anda & semua pelajar dalam kelas itu bersetuju.
Mengapa Group Tuition bersama Tutorkami.com?
Kami berusaha untuk membolehkan anda memberi kualiti pengajaran yang terbaik.
Â
✔ Kami pastikan bayaran anda diterima, risiko ini kami yang tanggung
Pihak TutorKami memastikan bayaran anda setiap bulan adalah berdasarkan jumlah pelajar yang hadir kelas kedua anda pada bulan itu. Jika pelajar ini tidak menghadiri mana-mana kelas selepas kelas kedua pada bulan itu, anda akan tetap terima bayarannya. Sebagai contoh, pada sesi kedua bulan May, ada 5 pelajar dalam sesi kedua anda. Maka bayaran anda untuk bulan May adalah tetap berdasarkan 5 pelajar.
Â
✔ Kami uruskan tugasan Admin bagi pihak anda
Tugasan seperti pendaftaran pelajar, kutipan bayaran setiap bulan, memberi invois & resit kepada klien akan diuruskan oleh kami. Anda hanya perlu fokus 100% kepada persiapan mengajar dan memastikan kualiti pembelajaran yang terbaik untuk pelajar-pelajar anda.
Â
✔ Kami jalankan marketing online untuk mempromosi GT TutorKami
Kami akan mempromosi serta menghebahkan kepada ibu bapa & pelajar tentang Group Tuition TutorKami ini melalui pelbagai medium seperti emel marketing, Facebook & Google Advertisement. Pengunjung bulanan website TutorKami ini juga dapat melihat kewujudan platform Group Tuition TutorKami ini
Apakah Langkah Untuk Memulakan GT (Group Tuition) Dengan TutorKami?
Langkah-langkahnya mudah sahaja;
Â
-
Tentukan subjek & level (e.g Fizik Form 5), berapa lama durasi kelas (e.g 2 jam per sesi) dan berapa kekerapan seminggu (e.g satu sesi seminggu) untuk GT yang anda mahu buat
-
Tentukan lokasi GT anda – samada di rumah/tempat anda, atau di tempat lain (e.g – perpustakaan awam), atau anda mahu pelajar yang menjadi hos untuk lokasi GT ini
-
Tentukan jumlah pelajar minima yang anda mahu untuk kelas dimulakan (e.g Anda mahu supaya ada sekurang-kurangnya 3 pelajar, baru anda akan mulakan kelas) & apakah bilangan maksimum pelajar dalam GT anda ini
-
 Tentukan yuran bulanan yang anda mahu charge untuk seorang pelajar (e.g RM150 seorang untuk kelas 2 jam per sesi, 4 sesi sebulan)
-
 Inform kami semua details di atas di What’s App kami, atau isi form dibawah