Tutorkami of the Month (Mei 2017)

Posted on Posted in TUTOR, TutorKami of the Month

Tutorkami Of The Month (Mei 2017): Cikgu Aszimah

Caption TutorKami of the month may 2017 Cikgu Aszimah with her picture.

Kami ingin memperkenalkan Tutorkami Of The Month bulan Mei ini iaitu Cikgu Aszimah. Cikgu Aszimah merupakan di antara tutor sepenuh masa yang mempunyai permintaan tertinggi di TutorKami.

Beliau yang berkelulusan ijazah jurusan Kejuruteraan Elektronik (MMU), mempunyai 5 tahun pengalaman mengajar di sekolah dan di pusat tuisyen.

Founder TutorKami, Cikgu Hambal menghadiahkan hadiah TutorKami of the Month kepada Cikgu Aszimah

Cikgu Aszimah mempunyai pengalaman mengajar untuk subjek UPSR, pelajar dari International School (grade 1 until 5), IGCSE Year 10-11, PT3 ( BM, BI, Sains dan Matematik) , SPM (Add Maths, Maths Modern, Sains dan Fizik).

Bersempena dengan TKOTM ini, pengasas TutorKami, Cikgu Hambal Noorsham telah menyampaikan hadiah istimewa kepada Cikgu Aszimah baru-baru ini.

 

TutorKami of the month Whatsapp testimoni dari ibu pelajar

Di sini juga kami sertakan beberapa testimoni menerusi Whatsapp dari ibubapa dan pelajar Cikgu Aszimah yang menunjukkan kecemerlangan dan tahap dedikasi Cikgu Aszimah dalam mendidik anak murid beliau.

Testimoni di atas adalah dari Pn Kazaliyah, ibu kepada salah seorang pelajar Cikgu Aszimah yang meraih peningkatan prestasi dalam peperiksaan.

TutorKami of the month Whatsapp testimoni dari pelajar

Testimoni ini pula dari Cik Joaida, salah seorang pelajar Cikgu Aszimah yang berpuas hati dengan kelas tuisyen Cikgu Aszimah dan peningkatan prestasi dalam peperiksaan.

Menurut profil beliau, pelan mengajar beliau bertumpu kepada mengenal pasti titik kelemahan pelajar dan memberi perhatian khusus terhadap titik kelemahan tersebut. Beliau juga akan menyediakan soalan-soalan dan melakukan perbincangan secara bersama mengenai soalan skema peperiksaan.

TutorKami of the month Whatsapp testimoni dari ibu pelajar

Testimoni ini pula dari Pn Muezah, ibu kepada salah seorang pelajar Cikgu Aszimah yang menyukai kelas pengajaran beliau.

Menurut Cikgu Aszimah lagi, beliau akan kerap menyuntik semangat motivasi kepada pelajar supaya mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Bagi Cikgu Aszimah, motivasi dan pembelajaran perlu seiring untuk melahirkan pelajar yang cemerlang.

TutorKami of the month Whatsapp testimoni dari ibu pelajar

Testimoni ini dari Pn Nurul, ibu kepada salah seorang pelajar Cikgu Aszimah yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Tahniah dan semoga terus maju jaya, Cikgu Aszimah! Profil beliau juga boleh dilihat di sini: Profil Lengkap Cikgu Aszimah

 

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkamiinst

Klik sini dan hubungi kami jika anda ingin kami membantu anda mencari tutor terbaik buat anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *