Tutorkami Of The Month (Jun 2017)

Tutorkami Of The Month (Jun 2017): Cikgu Nurul

Caption TutorKami of the month jun 2017 Cikgu Nurul with her picture.

Kami ingin memperkenalkan Tutorkami Of The Month bulan Jun ini iaitu Cikgu Nurul Azila. Cikgu Nurul merupakan di antara tutor sepenuh masa yang mempunyai permintaan tertinggi di TutorKami.

Beliau yang memegang diploma dan ijazah jurusan Kejuruteraan dari UiTM Shah Alam, mempunyai 10 tahun pengalaman mengajar tuisyen.

TutorKami of the month (Jun 2017),Cikgu Nurul Azila menerima hadiah dari TutorKami

Menurut profil beliau, Cikgu Nurul boleh mengajar pelbagai subjek dan tahap. Di antara subjek yang boleh diajar beliau termasuklah Matematik dan Kemahiran Membaca (Pra-Sekolah); Bahasa Melayu, Matematik, Sains, English (Tahun 1 -6 UPSR); Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup (Tingkatan 1 -3 PT3); Bahasa Melayu, Matematik Moden, Sains, Sejarah (Tingkatan 4 – 5 SPM).

Bersempena dengan TKOTM ini, TutorKami telah menyampaikan hadiah istimewa kepada Cikgu Nurul Azila baru-baru ini.

Di sini juga kami sertakan beberapa imej dari para pelajar Cikgu Nurul yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan hasil kecemerlangan dan tahap dedikasi Cikgu Nurul dalam mendidik anak murid beliau.

TutorKami of the month Cikgu Nurul with student with excellent results in exams

Khidmat tuisyen Cikgu Nurul meliputi kawasan Kuala Lumpur, Ampang, Ampang Hilir, Bangsar South, Keramat, Mont Kiara, Pandan Jaya, Sentul, Setapak, Taman Desa, Taman Melawati, Titiwangsa, Wangsa Maju dan Gombak.

Menurut profil beliau, sikap beliau yang ramah membolehkan beliau mendekati pelajar dengan mudah. Beliau menjadikan para pelajar beliau sebagai rakan supaya mereka berasa senang dan tidak tertekan ketika belajar. Beliau turut bertekad untuk mengajar pelajar sehingga faham dan dapat mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

TutorKami of the month image of students with excellent exam results.

Syabas dan semoga terus maju jaya, Cikgu Nurul Azila! Profil beliau juga boleh dilihat di sini: Profil Lengkap Cikgu Nurul

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkamiinst

Klik sini dan hubungi kami jika anda ingin kami membantu anda mencari tutor terbaik buat anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.