TutorKami of the month, Cikgu Nor Affidah menerima hadiah istimewa dari TutorKami

Tutorkami Of The Month (Ogos 2017)

Posted on Posted in TUTOR, TutorKami of the Month

Tutorkami Of The Month (Ogos 2017): Cikgu Nor Affidah

TAHNIAH diucapkan kepada Cikgu Nor Affidah yang diumumkan sebagai TutorKami Of The Month untuk bulan Ogos 2017.

Cikgu Nor Affidah merupakan antara tutor sepenuh masa yang mempunyai permintaan tertinggi di TutorKami. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kimia di USM.

Beliau pernah menjadi PENSYARAH jurusan Kimia di UniKL NAFAS (Kota Damansara). Beliau tutor yang PAKAR dalam subjek Sains terutamanya subjek KIMIA.

 

TutorKami of the month: Cikgu Nor Affidah (Ogos 2017)

 

Berpengalaman mengajar selama 4 tahun, Cikgu Nor Affidah berupaya mengajar pelajar DLP dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).

Ramai ibubapa yang berpuashati dengan kualiti pengajaran Cikgu Nor Affidah dan kebanyakan pelajar meraih PENINGKATAN yang memberangsangkan.

Di sini juga kami sertakan beberapa Whatsapp Testimonial daripada klien kami yang berpuashati dengan khidmat Cikgu Nor Affidah.

TutorKami of the Month Cikgu Nor Affidah Klien Whatsapp Testimoni
Cikgu Affidah ajar sampai FAHAM dan dia SERONOK belajar dengan cikgu. ~ Puan Akmazura, Klang.

 

Menurut profil beliau, Cikgu Nor Affidah boleh mengajar pelbagai subjek dan tahap. Di antara subjek yang boleh diajar beliau termasuklah Matematik (Pra-Sekolah, Tahun 1 – 6), Sains (Tahun 1 – , Tingkatan 1 – 3), Bahasa Melayu, Matematik Moden, Sains, Pendidikan Islam, Matematik Tambahan, Kimia (Tingkatan 4 -5), Kimia (STPM, Diploma)

Khidmat Cikgu Nor Affidah meliputi kawasan Kuala Lumpur, Shah Alam, Damansara, Kelana Jaya, Sungai Buloh, Putrajaya, Sunway, Petaling Jaya, Bandar Utama dan Kajang.

Bersempena dengan TKOTM ini, TutorKami telah menyampaikan hadiah istimewa kepada Cikgu Nor Affidah baru-baru ini.

 

TutorKami of the Month, Cikgu Nor Affidah Whatsapp Testimonial Klien
Alhamdulillah. TERBAIK. ~ Puan Firdhaus, Kuala Lumpur

 

Kami juga sempat mewawancara Cikgu Nor Affidah. Anda boleh menonton video itu di bawah. Kami juga telah letakkan sari kata (Bahasa Melayu dan English) di video tersebut untuk kemudahan semua.

Untuk memilih sari kata, klik settings . Pergi ke Subtitles/CC dan pilih bahasa yang diinginkan (Malay / English).

 

 

Profil Cikgu Nor Affidah boleh dilihat dengan klik: Profil Cikgu Nor Affidah.

Syabas Cikgu Nor Affidah, TutorKami of the Month (Ogos 2017). Semoga Terus Maju Jaya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat Cikgu Nor Affidah atau tutor-tutor berpengalaman kami, sila klik: HUBUNGI KAMI. TutorKami mempunyai JAMINAN kepuasan. Kami sedia membantu anda.

 

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkamiinst

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *