Ujian Saringan Tahun 1: Bagaimana Untuk Membantu Anak Anda Membuat Persediaan

Seorang kanak-kanak memegang pensel menduduki ujian saringan tahun 1

Ujian Saringan Tahun 1: Tips Persediaan Ibubapa Masa Kini

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum bermulanya sesi persekolahan yang baru. Buat murid yang bakal memasuki tahun 1, mereka perlu menduduki Ujian Saringan Tahun 1 bagi mengkelaskan anak-anak mengikut tahap kebolehan dalam pembelajaran nanti.

Ada ibubapa yang berasa RISAU kerana jika anak mereka kurang cemerlang dalam Ujian Saringan itu, ada kemungkinan anak mereka akan ditempatkan di kelas bawah. Mereka berharap yang anak mereka dapat memulakan persekolahan dalam kelas yang baik.

Anak-anak sekarang ketika di tadika lagi bukan setakat tahu huruf & bunyi malah ada yang sudah mahir membaca & menulis. Dibawah ialah apa yang anda perlu tahu tentang Ujian Saringan ini dan bagaimana anda boleh membantu anak anda untuk bersedia untuknya.

Murid-murid menjalani Ujian Saringan Tahun 1

Sekitar Ujian Saringan Tahun 1

Ujian Saringan Tahun 1 kebiasaannya dijalankan pada minggu pertama persekolahan.  Terdapat 3 ujian subjek utama yang akan dijalankan: Ujian Bahasa Melayu, Ujian Bahasa Inggeris serta Ujian Matematik.

Ketiga-tiga peperiksaan ini akan menguji tahap penguasaan membaca, menulis dan mengira para murid. Selain memastikan pengkelasan anak-anak, ujian saringan ini juga menentukan sama ada seorang pelajar itu layak ke kelas DLP (Dual Language Program) atau tidak.

Kandungan Ujian Saringan ini adalah asas untuk 3 subjek yang terlibat. Soalan Bahasa Melayu adalah untuk menguji samada anak sudah mengenal huruf dan membaca perkataan-perkataan ringkas. Soalan Bahasa Inggeris untuk menguji penguasaan maksud perkataan-perkataan mudah. Soalan Matematik pula melibatkan pengiraan asas dan pemahaman mengenai konsep bilangan.

Contoh soalan Ujian Saringan Tahun 1 Bahasa Melayu
Contoh soalan Ujian Saringan Bahasa Melayu

Pada hari ujian saringan, calon tidak perlu beruniform sekolah, cukup sekadar berpakaian kemas & sopan. Alatulis seperti pensel, pembaris dan pemadam perlu dibawa. Ibubapa perlu mendaftarkan anak terlebih dahulu dengan  menulis nama, nama sekolah tadika anak dan lain-lain maklumat.

Sementara anak menjalani ujian saringan selama sejam, ibubapa akan diberikan taklimat tentang KSSR, LINUS dan disiplin pelajar.

Contoh soalan Ujian Saringan Tahun 1 Matematik
Contoh soalan Ujian Saringan Matematik

LINUS

LINUS ialah singkatan kepada Ujian Saringan Literasi, Numerasi dan Bahasa Inggeris. Program ini bertujuan bagi memastikan semua murid menguasai kemahiran asas membaca Bahasa Melayu, membaca Bahasa Inggeris dan kemahiran Mengira.

Tahap penilaian murid untuk LINUS dalam 3 subjek utama:

  • Bahasa Melayu – contoh suku kata (terbuka & tertutup), huruf besar & huruf kecil.
  • Bahasa Inggeris – tanda baca, phonics sound & oral blending.
  • Matematik – topik masa/waktu, pengiraan nilai wang.

 

Ujian Saringan Tahun 1 LINUS Literasi
Tahap Penilaian LINUS Literasi Tahun 1

 

Bagi tahun 2017, ujian saringan LINUS dijalankan pada bulan April/Mei dan bulan September/Oktober. Cara ujian dijalankan adalah secara individu. Instrumen ujian pula ada dua iaitu ujian membaca dan mengira.

Ada 12 konstruk ataupun perkara yang akan dinilai di dalam ujian tersebut. Anak-anak perlu melepasi setiap konstruk itu bagi memastikan mereka lulus ujian saringan tersebut.

Murid yang melepasi ujian saringan akan belajar mengikut sukatan biasa manakala yang tidak lepas akan belajar sukatan LINUS dan diberi perhatian sewajarnya agar tidak ketinggalan dengan rakan sebaya yang lain.

Ada 2 kategori pelajar LINUS:

  • LINUS Tegar: murid yang langsung tidak kenal huruf mahupun nombor.
  • LINUS Biasa: murid yang kenal huruf cuma tidak boleh membaca dengan betul.

 

Ujian Saringan Tahun 1 LINUS Numerasi
Tahap Penilaian LINUS Numerasi Tahun 1

 

Bagi yang gagal di ujian saringan awal, mereka masih boleh dipulihkan dan akan dinilai semula dalam ujian saringan seterusnya. Jika masih tidak lulus Ujian Saringan terakhir, murid perlu dirujuk kepada doktor. Rujukan ini penting bagi menilai murid sama ada perlu ke kelas pemulihan / pendidikan khas.

Sebagai ibubapa, kita digalakkan untuk memberikan pendedahan awal kepada anak-anak agar mereka mahir dengan pengetahuan akademik yang asas. Di sini kami kongsikan beberapa tips / usaha yang boleh dibuat oleh ibubapa bagi mempersiapkan anak mereka menghadapi Ujian Saringan Tahun 1 dengan cemerlang:

 

1) Membelikan buku latihan KSSR Tahun 1 untuk dipraktis.

Anda boleh mengajar & praktis soalan-soalan bersama anak anda di masa lapangnya. Ada ibubapa yang kagum melihat silibus terkini KSSR yang berpemikiran jauh ke hadapan. Jadi, dari situ anda & anak anda akan ada kesedaran untuk bersiap sedia supaya tidak ketinggalan.

 

Ujian Saringan Tahun 1: 2 kanak-kanak membaca buku

 

2) Pupuk tabiat membaca di rumah.

Pendidikan anak-anak bermula dari rumah. Setkan rutin buat anak-anak membaca dengan santai bagi memupuk tabiat membaca. Selain menajamkan kemahiran membaca, ia juga mampu membangkitkan daya imaginasi anak-anak, semangat ingin tahu dan pemikiran pintar (resourceful).

 

3) Galakkan anak-anak tengok masa pada jam.

Topik Masa merupakan di antara topik yang ditekankan dalam LINUS. Oleh itu, adalah penting untuk ibubapa mendidik anak-anak tentang masa (jam dan minit). Tetapkan aktiviti anak-anak di rumah mengikut jam supaya mereka akan selalu merujuk jam dan menjadi mahir mengira masa.

 

4) Biasakan anak-anak dengan penggunaan wang

Selain topik masa, topik kiraan wang juga ditekankan dalam LINUS. Ibubapa boleh mengajar tentang pengiraan wang dengan menyuruh (sambil memantau) anak-anak membeli gula-gula (atau lain-lain barangan) dan membayar sendiri di kedai-kedai. Lama-kelamaan anak anda pasti boleh mencongak sendiri harga gula-gula kegemarannya dan pulangan wang baki.

 

Ujian Saringan Tahun 1: Seorang kanak-kanak belajar dengan Home Tutor

 

5) Mengambil Home Tutor.

Jika bercakap tentang sesi belajar yang berfokus dan intensif, Home Tuisyen merupakan di antara pilihan terbaik. Ini kerana anak anda tidak perlu meninggalkan keselesaan rumah untuk belajar dan ibubapa dapat memantau perkembangan anak mereka dari dekat.

Tutor dapat memberikan sepenuh perhatian kepada pelajar dan mengenalpasti kelemahan mana yang perlu diperbaiki.  Dari situ, cikgu dapat membentuk strategi untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan lebih cepat.

 

Kelas Tuisyen Membebankan Kanak-Kanak?

Segelintir berpendapat adalah membebankan untuk anak diajar tuisyen seawal usia 4 – 5 tahun kerana boleh menyebabkan tekanan emosi & mental. Tetapi menurut majoriti ibubapa, tanggapan ini adalah TIDAK BENAR.

Ini kerana jika dihitung dalam seminggu, hanya 2 ke 3 jam sahaja diperuntukkan untuk tuisyen berbanding masa mereka bermain toys dan gajet. Sehinggakan ada anak-anak yang seronok belajar dan rasa kecewa bila tutor tidak dapat datang mengajar mereka!

Apa yang penting, ibubapa harus FAHAM yang peringkat kanak-kanak adalah untuk bermain. Dan tuisyen hanyalah sekadar melatih mereka awal untuk memperkuatkan asas pemahaman dan menimbulkan minat belajar.

 

Ujian Saringan Tahun 1: Beberapa kanak-kanak belajar dalam kelas tuisyen.

 

Di TutorKami.com, kami juga menyediakan home tutor pra-sekolah khas untuk persediaan anak-anak memasuki Tahun 1. Anda boleh hubungi kami jika anda inginkan tuisyen di rumah untuk menguatkan asas kemahiran 3M anak anda iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

Anda juga boleh memilih tutor yang penyabar atau tegas, berciri keibuan atau jenis ‘tak bagi muka’ sesuai dengan sikap dan kecenderungan anak anda. Jika dalam sesi tuisyen pertama anda dapati yang anak anda tidak serasi dengan tutor, kami akan usahakan ganti dengan tutor lain dan sesi pertama itu dikira PERCUMA!

 

Ujian Saringan Tahun 1: Whatsapp Testimonial of Pn Bainun is one of TutorKami of The Month July: Miss Muges client
“Anak saya dah BOLEH membaca!” ~ Puan Bainun, Shah Alam

 

Adakah anda berminat untuk mendapatkan Home Tuisyen Pra-Sekolah buat anak anda?

Adakah anda inginkan Tuisyen Di Rumah bagi mempersiapkan anak anda menghadapi Ujian Saringan Tahun 1 awal tahun depan?

Adakah anda perlukan Cikgu Tuisyen yang mampu membantu anak anda dalam menduduki Ujian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik bagi menempatkannya di kelas terbaik?

Jika jawapan anda YA, sila klik sini untuk hubungi kami: HUBUNGI KAMI

Home Tuisyen TutorKami mempunyai JAMINAN kepuasan. Kami sedia membantu anda.

 

‘Follow’ TutorKami di Facebook : www.facebook.com/TutorKamiDotCom

‘Follow’ TutorKami di Instagram : www.instagram.com/tutorkami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *